Wednesday, 22 May 2013

Jaspal Singh AJust Pal Singh

Jaspal Singh a Just Pal Singh
 
Mr. Senator Dato’ @Jaspal Singh , its better for you to be known as 'Just Pal' Singh for MIC ( Friend Of MIC ) , not as high rank office bearer. Come on ...what have you done for Indian community as Senator? Just forget about senator , as an Indian what have you done to help another indian brother/ sister? Sitting in the meeting and attend  parliment session?
 
Do you know that some of my friends dont even know the existence of you as National MIC Treasurer? They thought Jaspal Singh is a owner of Jaspal Boutique. Well, that credit goes to you sir...
I would be appreciate Mr.Senator Dato' ‘Just Pal’ Singh if someone would come up and defend you by listing your community achievement. I hope someone will do that for u sir...

I had a thought of writing this short article after saw your recent comment in The Malaysian Times, well...sir, you have no rights to question Waythamoorthy's appointment as Deputy Minister when your appointment as Senator is questionable in regards of achievement.
 
There is one more issue that was brought up by my profesional group friends , why didnt you as MIC's high rank officer contest in GE13? Probably you are regarded as a 'Non A Winnable Candidate' or in Dineshwaran Rajagopalu's word - Chicken Out and choose back door entry to sit in the Parliment.
I have nothing personal with you, but you should be in Presidents ‘Clearence Sale List’ rather than in senatorship's list. Atleast I would regard you as a party rejuvenist if you have turned down the senatorship and pass it over to a young performing leader. Keep in mind, V.Mogan doeasnt come under young performing leader, he is another failure of MIC , Read : Palani , Jomlah Ubah...:
 
MIC is becoming voiceless pensioner's party.
 
 Mr.Senator Dato’ ‘Just Pal’ Singh  please compare yourself with Karpal Singh and Gobind Deo Singh , Indian youth prefer outspoken leaders like them and language is not a problem, as most of our ADUN and MP’s are Malays but we still support them for their passion to help Indians. Hope you’ll have an idea on how to be a people’s leader then @GPalanivel’s leader.
 
I’m not interested in knowing Commercialization Innovation Fund (CIF) , Rural Transformation Centre or WCGS scheme  but I like to see hear a youthful voice in parliament which fights for Malaysian Indian youth’s need.
 
I dont actually agree with @TMohan18 , @Sivarraajh’s and his MIC youth Team on recent outbust at Waythamoorthy's appointments as Deputy Minister , instead they should outburst at @GPalanivel decision to appoint ‘few’ voiceless non performing leaders to represent MIC.
 
 Well, its all depends on MIC leaders to bring MIC back as voice of Malaysian Indian community or remain silent for few more Dato’ Seri title and let Waythamoorthy and HINDRAF or Pakatan Rakyat  become the champion Malaysian Indian community.
 
Teruskan Perjuangan...
 
 

EXCO N.Sembilan - Rasmi

EXCO N.Sembilan - Rasmi
 
 
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengangkat sumpah pukul 10.30 pagi tadi dan menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, di sini.
 
Antara ADUN yang dilantik semula sebagai Exco ialah
1) ADUN Senaling, Datuk Ismail Lasim;
2) ADUN Labu, Datuk Hasim Rusdi dan
3) ADUN Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli.

Tujuh muka baharu yang dilantik ialah
1) ADUN Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris;
2) ADUN Pertang, Datuk Jalaluddin Alias;
3) ADUN Ampangan Abu Ubaidah Redza;
4) ADUN Bagan Pinang Tun Hairudin Abu Bakar;
5) ADUN Gemas, Abd. Razak Ab. Said;
6) ADUN Pilah Datuk Norhayati Omar dan
7) ADUN Jeram Padang L.Manikam.
 
 
Titah Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sejurus Istiadat Pelantikan, baginda menyeru kepada semua wakil yang telah dipilih oleh rakyat untuk Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan seterusnya sebagai EXCO agar menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat dengan baik dan dedikasi.
Baginda turut menyeru agar semua EXCO menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan terus fokus dengan tanggungjawab selain menasihatkan supaya tidak disalahgunakan tanggungjawab tersebut degan kepentingan pribadi.
Seterusnya baginda menasihatkan kepada semua wakil rakyat tidak mengira halatuju parti agar sama-sama memajukan negeri ini tanpa berbelah bahagi.
 
@PrinceOfPilah mengucapkan tahniah kepada barisan EXCO Kerajaan N.Sembilan yang terpilih, semoga menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat secara baik.
 
Teruskan Perjuangan...




Thursday, 16 May 2013

Tompek Den Ado Najib Kocik

Tompek Den Ado Najib Kocik

YB Dato’ Hj Hasan Bin Malek , mendengar nama tersebut diumumkan sebagai Menteri di Kabinet Persekutuan 2013 semalam oleh PM @NajibRazak, seluruh pengunjung kedai makan KP Corner melonjak gembira  seolah olah Malaysia memenangi kembali Piala AFC. Begitulah sambutan kegembiraan masyarakat Kuala Pilah terhadap pelantikan YB Datuk Hj Hasan Bin Malek, Ahli Parlimen Kuala Pilah sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri  Dan Hal Ehwal Pengguna . Keakraban Ahli Parlimen Kuala Pilah ini bersama masyarakat tempatan memang tidak dapat dinafikan, sehingga beliau sering dilabel sebagai ayah angkat kepada masyarakat Kuala Pilah.
Saya masih ingat sewaktu pertama kali bertemu beliau pada 2005 , di sebuah program penyampaian baju seragam dan peralatan sekolah kepada anak anak India yang kurang mampu di Pekan Selaru ; beliau hadir tepat pada waktu pelancaran program dan duduk disebelah saya sambil memperkenalkan diri beliau sebagai wakil rakyat kawasan tersebut dan mempelawa saya untuk menjamu selera kuih dan teh yang telah dihidangkan diatas meja. Kesederhanaan berpakaian dan tutur kata beliau yang sangat sopan membuatkan saya timbul rasa hormat yang sangat tinggi terhadap beliau, serta menjadi penyokong setia beliau sejak pertemuan kami tersebut. Beliau tidak pernah memilih agama,etnik ,bangsa , warna kulit,kaya atau miskin dalam membantu masyarakat.

 Pelbagai program kami anjurkan bersama sejak pertemuan tersebut untuk masyarakat India Kuala Pilah, dan beliau memiliki minat yang sangat tinggi terhadap pendidikan belia belia India. Setiap kali pertemuan topik pendidikan kaum India pasti tidak pernah dilupakan oleh beliau.

Beliau juga tidak pernah ketinggalan dalam membantu NGO NGO India dikawasan Kuala Pilah , nilai berjuta telah dibelanjakan untuk pembangunan kebajikan kaum India Kuala Pilah  ; Sekolah Tamil dan Kuil juga tidak pernah diabaikan dalam diberi bantuan kewangan.
 
Pelantikan beliau sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri  Dan Hal Ehwal Pengguna sangat bertepatan dengan situasi politik kini. Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada YAB DS @NajibRazak diatas pelantikan YB Dato’ Hj Hasan Bin Malek , yang merupakan seorang pemimpin yang bersih dan sentiasa mendahulukan rakyat.
Selama kempen PRU13 , PKR turut mengakui kebenaran tersebut.
‘ Saya tahu , Dato’ Hasan Malek telah banyak membantu masyarakat disini, namun sekarang beliau perlu rehat . Undilah saya, supaya  beliau boleh berehat ‘ kata calon PKR Nazree Yunus yang bertanding menentang beliau di kerusi Parlimen Kuala Pilah sewaktu merayu undi di Pekan Kuala Pilah. Namun masyarakat Kuala Pilah masih mempercayai Dato’ Hasan Malek dalam memimpin mereka, dibuktikan dengan majoriti 9,661 undi.
 
Masyarakat Kuala Pilah kini boleh berbangga kerana memiliki orang kepercayaan YAB DS @NajibRazak sebagai wakil rakyat dikawasan mereka.
 
Tompek Den Ado Najib Kocik
Salam hormat dari @PrinceOfPilah. Tahniah YB Dato’Hj Hasan Bin Malek
Teruskan Perjuangan...
 
 

Wednesday, 15 May 2013

Kabinet Persekutuan 2013

Kabinet Persekutuan 2013

Perdana Menteri : Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)

Datuk Seri Idris Jala (Senator)

Tan Sri Joseph Kurup

Datuk Seri Shahidan Kassim

Nancy Shukry

Datuk Joseph Entulu Belaun

Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri:

Datuk Razali Ibrahim

P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan

Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi
 
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap

Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri:

Menteri : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri:Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri: Datuk Seri G. Palanivel

Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan

Menteri:  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)

Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Menteri:
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Timbalan Menteri:  Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
 
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman
 
 
Teruskan Perjuangan...
 
 
 

MIC Marah Pemilihan Waythamoorthy

MIC Marah Pemilihan Waythamoorthy
 
Pembentangan susunan kabinet persekutuan oleh @NajibRazak telah memperlihatkan seramai 6 wakil kaum India dipilih untuk memegang jawatan menteri dan timbalan menteri. Namun pemilihan bersejarah tersebut tidak terlepas dari kontraversi dan bantahan dari akar umbi.
 
Pelantikan Pemimpin HINDRAF Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri melahirkan rasa tidak puas hati dikalangan kaum India , termasuk pemimpin pemimpin MIC.
 
Melalui akaun Twitter , T.Mohan Ketua Pemuda MIC berkata 'Buat mogok lapar, hentam BN dan Malaysia di seluruh dunia. Terus boleh jadi timbalan menteri! Sungguh mudah'
 

Setiausaha Pemuda MIC Sivarraajh yang juga merupakan panel pemikir JASA, turut meluahkan pendapat yang bernada sama, 'Seharusnya dipertimbangkan Datuk Saravanan untuk portfolio tersebut, Waythamoothy akan menyebabkan kehilangan sokongan kaum India. Memberi portfolio tersebut kepada Waythamoorthy tidak menjamin kaum India akan menyokong Barisan Nasional 100%  , kita perlu melakukan sesuatu yang lebih dari itu'.
 

 
Sementara itu Presiden People's Welfare and Rights Organisation (POWER) Pengerusi Institute of Political Culture , S. Gobikrishnan pula berkata , 'Dengan perlantikan Waythamoorthy sbg Timbalan Menteri utk jaga kebajikan kaum India, maka MIC tidak releven lagi dan harus dibubarkan!'
 
 
Waythamoorthy yang sebelumnya telah menandatangani memorundum persefahaman bersama @NajibRazak dan kerajaan Malaysia dikatakan bakal mengetuai Kementerian Hal Ehwal Minoriti , dan posisinya kini tidak tergugat oleh MIC.
 
Namun apakah pemilihan Waythamoorthi akan membantu @NajibRazak  dan BarisaNasional ?
 
Kini beban dibahu Waythamoorthi , jika gagal melaksanakan tuntutan seperti yang tertulis di blueprint HINDRAF , kemungkinan beliau akan melihat kembali Tsunami HINDFAF bagi menjatuhkan beliau , yang turut akan menyebabkan Barisan Nasional kehilangan undi kaum India.

Teruskan Perjuangan...