Pakatan Rakyat Penyumbang Kenaikan Index Rasuah
Baru-baru ini apabila Transparency International (TI) mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Malaysia semakin naik , maka menjerit-jeritlah pemimpin PR menghentam PM. Anda boleh lihat di sini.
Dibawah ini adalah CPI Malaysia sejak 10 tahun lepas yang disiarkan oleh malaysiakini.
Saya nak ajak anda semua lihat jadual di bawah secara terperinci.
Harus diingat, kajian yang dilakukan oleh TI adalah untuk seluruh negara (Malaysia) . Bukannya hanya di negeri-negeri tertentu sahaja.
Anda lihat kedudukan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004. Bermula dari tangga ke 36 hingga ke tangga 39. Naik turunnya tak banyak, hanya 4 tangga sahaja.
Kemudian lihat pula dari tahun 2004 hingga 2007. Bermula dari tangga ke 39 hingga ke tangga 44. Naik turunnya juga tak banyak, hanya 5 tangga sahaja.
Lihat pula dari tahun 2008 hingga 2011. Bermula dari tangga ke 47 hingga ke tangga 60. Kenaikan yang mendadak, sebanyak 13 tangga. Teruk !!!
Sedangkan sebelum itu tidak pernah terjadi keadaan seteruk itu. Ini semua kerana selepas negeri-negeri yang diperintah oleh BN dulu diambil alih oleh pembangkang pada awal 2008. Merekalah yang penjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak itu. Pelbagai jenis rasuah dan salah guna kuasa , tidak kira kecil atau besar yang dilakukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka. Mereka tak pernah memerintah, apabila dapat peluang memerintah semua benda mereka nak sapu.
Saya bukan cakap melawak atau bergurau. Angka-angka dalam jadual diatas itu semua adalah fakta. Anda semua pun boleh berfikir dan menilainya. Itu mereka baru perintah 5 negeri, kemudian jadi 4 negeri , gejala rasuah di Malaysia sudah sampai ke tahap itu. Cuba anda bayangkan apabila mereka memerintah negara kelak, maka sudah tentulah keadaannya akan berkali-kali lebih teruk dari apa yang ada pada hari ini.
Lim Kit Siang kata
Ranking itu bukan sahaja yang terburuk dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan oleh TI Malaysia tetapi menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, adalah kedudukan terendah yang diperolehi Malaysia dalam 17 tahun sejak ia diperkenalkan pada 1995.
Dia sedar atau tak sedar yang DAP turut menjadi penyumbang kepada ranking terburuk itu ?
Matinya Teoh Beng Hock kerana kegiatan rasuah DAP. Semua benda DAP nak sapu, dari sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya. Itu belum dikira lagi kegiatan-kegiatan underground di Selangor.
Itu semua menjadi penyumbang kepada kenaikan CPI Malaysia.
Contoh terbaru adalah apa yang terjadi di Perak sehari dua ini , baca
disini.
Lihat pada tahun 2008 dan 2009. Kedudukan rasuah di Malaysia naik mendadak pada tahun berkenaan. Dari tangga 47 naik ke tangga 56. Sembilan tangga. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kita sampai begitu teruk sekali.
Puncanya senang, kerana PR yang mengusai pemerintahan negeri Perak pada masa itu. Dan merekalah yang menjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak itu.
Kegiatan rasuah DAP adalah kaut yang kecil-kecil, tetapi kuantitinya banyak. Mereka rasuah tak banyak, hanya sekitar ribu hingga puluhan ribu sahaja, tapi banyak tempat. Bila dihimpun jumlahnya akan jadi banyak. Lihat contoh dalam kes Teoh Beng Hock.
Mereka guna cara sedemikian supaya orang tak nampak. Dan jika kantoi mereka kata itu hanya projek kecil-kecil berbanding dengan rasuah yang dilakukan oleh BN. Maka orang ramai pun percayalah kata-kata mereka.
Kecil besar, 10 sen, 1 ribu, 10 ribu, 10 juta, rasuah tetap rasuah dan ianya akan tercatat dalam rekod Transparency International.
Published with Blogger-droid v2.0.2