Friday, 27 January 2012

Konflik Kg.Jalan Kebun Terbongkar

Konflik Kg.Jalan Kebun Terbongkar

Perselisihan faham di Kg.Jalan Kebun baru baru ini menimbulkan tanya tanya dikalangan masyarakat tempatan terutamanya penyokong BN,tempat yang aman damai tiba tiba menjadi medan peperangan diantara kaum, @princeofpilah akan mengupas peristiwa disebalik isu tersebut.


1. Kenapa HINDRAF disuruh kumpul dipinggir jalam jam 7.00pm?

HINDRAF diminta hadir pada jam 7.00pm dan diminta berkumpul dipinggir jalan sambil melaung laungkan slogan Pakatan Rakyat,diwaktu masyarakat Melayu Kg.Jalan Kebun menjalankan solat Maghrib. Kenapa mereka tidak diminta untuk duduk didalam dewan sambil mendengar ceramah dari penceramah India?
Dimana @Chegubard pada waktu penyokong HINDRAF berkumpul dipinggir jalan?

Ini bertujuan menimbulkan konflik diantara masyarakat tempatan Melayu dan kaum India dikawasan tersebut,serta bagi membakar sentimen perkauman untuk perjuangan politik @chegubard,yang tidak mendapat sokongan dikalangan pemimpin PKR.


2. Kenapa ceramah yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan HINDRAF diadakan dikawasan yang 91% orang Melayu?

Secara umumnya,sesebuah ceramah diadakan dikawasan yang mempunyai jumlah penyokong yang ramai,ataupun berpotensi mendapatkan penyokong yang lebih ramai,namum apa tujuan @chegubard mengadakannya di kawasan Melayu,yang hanya mempunyai 73 orang India dan rata rata bukannya penyokong pakatan rakyat.

STATISTIK TERBARU PENGUNDI DI JALAN KEBUN
Jumlah Pengundi = 2,596 orang
Melayu: 2,383 orang (91.8%)
Cina = 132 orang (5.1%)
India = 73 orang (2.8%)
Lain-lain bangsa = 8 orang (0.3%)

Kalau tujuan @Chegubard memang untuk menjayakan program HINDRAF, sepatutnya majlis tersebut di adakan di Seksyen 25 Sri Muda di mana ramai penduduk berketurunan India jauhnya tak sampai 10km dan bersempadan dgn Kota kemuning & Jalan Kebun, namun itu bukan tujuan sebenar @chegubard yang menginginkan perselisihan fahan antara kaum dikawasan tersebut.

3.Kenapa @chegubard tidak memberitahu kepada pihak polis tentang program tersebut?

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob pihak penganjur sebenarnya tidak memaklumkan kepada polis untuk mengadakan program berkenaan dan hanya menerima maklumat mengenai program tersebut diadakan selepas pihaknya mendapat laporan wujudnya kekecohan di lokasi program itu diadakan pada malam tersebut dan keadaan terkawal hanya selepas polis tiba ditempat kejadian.

Tujuan @chegubard adalah mewujudkan perselisihan faham antara kaum disana,dan beliau ingin menjadi jaguh dikawasan tersebut dengan menenangkan keadaan tersebut dengan slogan SAMM dan apabila gagal,maka terpaksalah @chegubard meminta bantuan polis,takut dirinya turut kena pukul. Sudah menjadi pengetahuan umum, @chegubard memang takut akan pergaduhan dan bukan pemimpin yang berani,dimana @chegubard sewaktu Himpunan BERSIH 2.0 ?

4.Kenapa @chegubard hadir sebagai wakil SAMM?

Mungkin ramai yang tidak sedar tentang hal ini,namun pada kenyataannya @chegubard menganjurkan ceramah tersebut dibawah naungan SAMM,kenapa bukan PKR?

@Chegubard sebenarnya merupakan pemimpin yang gila kuasa dan jawatan,jika beliau hadir dibawah bendera PKR maka @chegubard harus menjemput pemimpin PKR tempatan termasuk ADUN Sri Muda,dan ianya akan membuatkan @chegubard tidak mempunyai kepentingan dalam ceramah tersebut,maka ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafieidi tidak dijemput,dan @chegubard hadir sebagai Pengerusi SAMM dan VIP utama pada ceramah tersebut.

5.Kenapa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafieidi tidak hadir?


Shuhaimi Shafieidi pasti tidak mahu kawasan beliau dilabel kawasan konflik dan membawa nama buruk kepada beliau serta turut mempengaruhi peluang untuk memenangi kerus DUN Sri Muda pada PRU13. Oleh sebab itu, @chegubard tidak menjemput Shuhaimi Shafieidi bagi menghadiri ceramah tersebut bagi mempermudahkan usaha beliau membuat konflik di kawasan tersebut.
Satu lagi sumber mengatakan bahawa @chegubard tidak menjemput Shuhaimi Shafieidi kerana beliau merupakan kawan baik kepada Shamsul Iskandar Ketua AMK PRK yang mengalahkan @chegubard pada perebutan kerusi AMK PKR tahun lepas.


Kini segala persoalan disebalik konflik Kg.Jalan Kebun sudah dibongkarkan,dan ternyata @chegubard disebalik segala permasalahan tersebut.

No comments :

Post a Comment