Thursday, 3 May 2012

Veteran MIC Masuk PKR

Veteran MIC Masuk PKR


Datuk M. Muthupalaniappan  , bekas Naib Presiden MIC dan ADUN Si Rusa baru baru ini menyertai telah menyertai PKR setelah dikatakan kecewa dengan kepimpinan parti yang gagal untuk memanfaatkan pengalaman berkhidmat untuk parti dan masyarakat India. Baca



Beliau bukan merupakan veteran MIC pertama yang menyertai PKR setelah keluar dari MIC,sebelumnya Dato' Sella Krishnan , Bekas ADUN Si Rusa dan Ketua MIC  Bahagian Seremban menyertai PKR pada Desember lalu,dengan mengatakan alasan kecewa dengan kepimpinan parti

Mereka merupakan sebahagian dari veteran MIC yang gagal dimanfaatkan oleh MIC N.Sembilan.

Adakah Kepimpinan Parti yang dimaksudkan adalah diperingkat negeri? Baca Artikel dibawah

Dato'G.Palanivel Presiden MIC sendiri mengatakan Brader Mogan sombong dan tidak menghormati pemimpin veteran MIC

Perebutan kerusi, politik gangster dan politik kasta Brader Mogan merupakan penyebab utama kehilangan kedua veteran MIC N.Sembilan, selain dari kegagalan Dato' T.Rajagopalu dalam mengambil keputusan dalam dalam mentadbir MIC N.Sembilan.

 Brader Mogan Bersama Pemimpin India Pakatan Rakyat 

Jangan Salahkan Dato'Muthupalaniappan dan Dato' Sella Krishnan,mungkin mereka malu mengatakan diri mereka ahli MIC setelah melihat foto diatas.
ADUN MIC N.Sembilan gagal menyelesaikan masalah kaum India dan terpaksa mengemis duduk semeja bersama pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan isu kaum India.

Kedua veteran,tersebut bukan merupakan wakil MIC terakhir yang keluar menyertai PKR, @PrinceOfPilah telah difahamkan bahawa masih terdapat lagi veteran yang kurang berpuas hati dengan MIC N.Sembilan terutamanya terhadap Brader Mogan dan kroni kroni beliau dan akan menunjukkan rasa tidak puas hati mereka pada waktu mengundi,yang mana akan menentukan menang kalahnya BN di Negeri Sembilan.


Ramai yang beranggapan Datuk M. Muthupalaniappan dan Dato' Sella Krishnan tidak mempunyai pengaruh terhadap pengundi India,namun jangan memperkecilkan kemampuan mereka.



Datuk M. Muthupalaniappan merupakan antara pemimpin MIC yang berani menghadapi Dato' Seri Samy Vellu untuk jawatan Presiden parti MIC,merupakan bekas naib Presiden MIC dan EXCO kerajaan Negeri Sembilan. Dato' Sella Krishnan pula merupakan bekas ADUN Si Rusa serta ketua NGO di Negeri Sembilan dan masih aktif dibidang aktiviti sosial kaum India di Negeri Sembilan.

Kedua mereka mempunyai penyokong tersendiri,dan harus diingat undi kaum India merupakan penentu keputusan PRU 13 di Negeri Sembilan. Sebanyak 20 DUN di Negeri Sembilan mempunyai pengundi India melebihi 20 peratus.

Brader Mogan, ADUN yang gagal menguruskan pentadbiran diperingkat DUN,dijadikan Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan,dan akhirnya mengagalkan keseluruhan sistem pentadbiran MIC N.Sembilan sehingga pecah menjadi 3 fraksi. Baca Kemudian orang yang sama dijadikan Pegawai perhubungan MIC kebangsaan, satu lagi kegagalan.

Jika MIC terus melakukan kegagalan yang serupa, @PrinceOfPilah percaya MIC akan kehilangan ketiga kerusi di Negeri Sembilan.

PM @NajibRazak jika membaca artikel ini, MIC N.Sembilan memerlukan calon MIC yang baru dan bukan dari kroni dari ketiga tiga fraksi tersebut bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional N.Sembilan,jika mana mana calon dipilih dari fraksi ini,pasti akan ada sabotaj dalam menjatuhkan sesama mereka.

Teruskan Perjuangan...


No comments :

Post a Comment