Monday, 10 December 2012

Kempen Berbasikal JERIT NS

Kempen Berbasikal JERIT NS

Setelah berkayuh dengan basikal selama empat hari menjelajah seluruh Negeri Sembilan, penganjurnya Jerit dan seramai 35 peserta kempen berbasikal ‘Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0’ berjaya mengenalpasti tujuh isu baru di lokasi-lokasi tertentu sepanjang kempen tersebut.

Tujuh isu yang dikenalpasti peserta kempen ‘Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0’ ialah:

1. Penduduk Taman Mambau, Seremban menghadapi masalah gangguan bekalan air kerana ketiadaan tangki air. Bekalan air kadang kala terputus sehingga lima hari. Keadaan jalan raya di taman perumahan itu juga dalam keadaan teruk.

2. Penduduk dan peniaga berdekatan pantai Telok Kemang, Port Dickson meminta pihak berkenaan agar tidak menswastakan pantai Telok Kemang dan pantai tersebut tidak ditambak. Mereka juga meminta agar air longkang tidak disalurkan ke laut dan memohon gerai, tandas awam serta bangunan buruk digantikan dengan bangunan baru.

3. Masalah penduduk Taman Koperasi di Pedas, Rembau yang tidak mempunyai tangki air besar (central water tank) meskipun sudah tinggal di taman perumahan itu lebih 22 tahun.

4. Masalah hak tanah perladangan di Kampung Serampang Indah (GATCO) di Jelebu.

5. Peneroka Felda di Felda Raja Alias 1, 2 dan 3 telah mengemukakan masalah seperti generasi kedua (anak peneroka) yang tidak mempunyai masa depan yang cerah kerana mereka tidak terlibat dalam skim peneroka, Peneroka juga terpaksa menanggung hutang aktiviti penanaman semula yang tinggi.

6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Ladang Senawang, Sungai Gadut menyerahkan memorandum kepada peserta kempen berhubung masalah pengambilan padang sekolah tersebut untuk sebuah projek jejantas. Mereka turut menyatakan kebimbangan tahap keselamatan dan kesihatan murid kerana projak itu berdekatan dengan kawasan sekolah.

7. Penduduk  Ladang Kirby menuntut perumahan alternatif disediakan apabila mereka ditamatkan kerja.

Selain daripada tujuh isu yang dikenalpasti di atas, memorandum tersebut turut mengandungi tujuh tuntutan Jerit untuk peringkat Negeri Sembilan iaitu skim perumahan alternatif, perkhidmatan awam dan jalan raya, keperluan asas, penternakan, pendidikan, keselamatan dan pembangunan.

Shahrul Faizal Tahar Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima memorandum tersebut.

Sumber : Free Malaysia Today

Bandingkan MIC N.Sembilan yang sibuk berebut  jawatan dan kerusi ADUN dengan Kempen JERIT yang lebih mesra rakyat, mana yang akan menjadi pilihan dan disokong rakyat?

MIC N.Sembilan penuh dengan politik keluarga , politik kaki pukul dan politik kasta sehingga tidak mempunyai masa untuk turun padang menyelesaikan permasalahan rakyat, jangankan menyelesaikan...mengidentifikasi masalah juga merupakan suatu masalah besar untuk MIC N.Sembilan.

Nampaknya @NajibRazak harus bekerja bersendirian untuk mendapatkan Nambikkai dari pengundi kaum India. MIC N.Sembilan gagal melaksanakan tugas sebagai parti komponen.

Teruskan Perjuangan...

No comments :

Post a Comment