Monday, 10 December 2012

Sothi Calon DUN Port Dickson

Sothi Calon DUN Port Dickson

Mungkinkah Dato'S.Sothinathan akan dilantik sebagai Pengerusi MIC N.Sembilan yang baru?


Menurut sumber dalaman , Dato' S.Sothinathan akan bertanding di DUN Port Dickson menggantikan YB Handphone Dato'T.Rajagopalu yang kalah kepada calon PKR V.Ravi pada PRU12 sementara DUN Jeram Padang akan dipertandingkan oleh muka baru. 


Kemenangan Dato'S.Sothinathan akan memastikan beliau posisi sebagai ahli EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, sekaligus menjamin posisi sebagai Pengerusi MIC N.Sembilan.

Kekuatan Dato'S.Sothinathan : 

1. Sokongan penuh MIC Bahagian Teluk Kemang

2. Sokongan Tan Sri Isa Samad , Pengerusi UMNO Bahagian Teluk Kemang

3. Dato'G.Palanivel memerlukan sokongan Dato'S.Sothinathan dan dari pengundi kasta Gounder untuk menghadapi pencabar beliau bagi mempertahankan jawatan Pengerusi MIC kebangsaan

4. Dato'G.Palanivel memerlukan calon baru bagi jawatan Pengerusi MIC N.Sembilan bagi mengelak pergaduhan internal MIC yang berterusan di Negeri Sembilan.

5. Dato'S.Sothinathan mempunyai sokongan dari komuniti professional muda India.

6. Krisis dalaman PKR Port Dickson akan membantu kemenangan Dato' S.Sothinathan , dikatakan YB V.Ravi akan diganti oleh R.Thangam yang akan menghadapi sabotaj dari penyokong YB V.Ravi.

7. Pencalonan Dato'S.Sothinathan akan membuka peluang kepada calon MIC lain untuk bertanding di kerusi Parlimen Teluk Kemang tanpa sabotaj dari penyokong Dato'S.Sothinathan.

Sama sama kita tunggu perubahan politik MIC di Negeri Sembilan.

Teruskan Perjuangan...

1 comment :

  1. Dato' Sothi sepatutnya pon berundur diri.. sama dengan t.rajagopalu tetapi perlu memastikan kemenangan BN NS. jangan asyik nak bergaduh sesama kita jer.. bila masyarakat akan bersaatu? tuan blogger pun sepatutnya jaadi media satukan pemimpin, bukan pemecah belahkan pemimpin dan rakyat yang dipimpin...

    ReplyDelete