Tuesday, 31 January 2012

Anwar Penghibur Kaum India

Anwar Penghibur Kaum India

Ramai yang bertanya kenapa kaum India masih meminati Anwar,walaupun terbukti berkali kali menipu dan mempermainkan kaum India.

Perlu @princeofpilah jelaskan bahawa secara umum kaum India sangat meminati ilmu kesenian,termasuk drama,lakonan dan tarian yang menjadikan mereka antara seniman yang terkenal didunia. Ini terbukti dengan wujudnya industri perfileman dan musik yang terbesar didunia di India,dan kaum India di Malaysia tidak terlepas dalam hal ini dimana beberapa artis tempatan kaum India berhasil mencipta nama di arena dunia.
Kembali kepada cerita asal, minat terhadap Anwar adalah sama seperti minat terhadap artis di filem dan bukannya kerana kepintaran berpolitik ataupun sebagai pejuang nasib kaum India, malahan boleh dikatakan sebagai pelawak rakyat yang tugasnya menghibur kehidupan mereka.

Ini merupakan foto kiriman penyokong PKR,yang membuktikan kebenaran penulisan artikel ini. Anwar diarak oleh penyokong pembangkang kaum India sambil Anwar memperlihatkan kebolehan melawak beliau sepertimana yang dilakukan oleh pelakon pelakon di filem. Kaum India kini telah sedar,jika dulu Anwar menggunakan mereka untuk mendapatkan undi melalui ceramah ceramah rasis,kini Anwar pula dipergunakan sebagai pelawak oleh kaum India untuk tujuan hiburan,dan bukan sebagai tanda sokongan kepada ketua pembangkang tersebut.

Teruskan Perjuangan...

Monday, 30 January 2012

Pemimpin BN Diterima

Pemimpin BN Diterima Kaum India


Masyarakat terutama kaum India telah sedar tentang komitmen ikhlas kerajaan Barisan Nasional membantu mereka melalui pelbagai Program Transformasi dibawah Gagasan 1Malaysia,dan pada masa yang sama mulai menolak penipuan dan drama parti pembangkang yang menggunakan pelbagai fitnah dan isu rasis bagi menghasut pemikiran masyarakat.
Baru baru ini Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Februari ini sempena perayaan Thaipusam. Menurut Pengerusi Pengurusan kuil itu S. Dorai Singam pihak kuil tidak menerima surat rasmi tentang lawatan tersebut melainan sebuah e-mel yang menyatakan Ketua Pembangkang itu akan hadir memberi ceramah di kuil itu.
Beliau juga mengatakan hari tersebut adalah merupakan hari untuk sembahyang dan bukan untuk ceramah politik  sehubunngan itu jawatankuasa kuil membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar bagi menjaga ketenteraman awam selain memelihara keselamatan masyarakat Hindu pada perayaan Thaipusam, yang ditakuti boleh terjadi perkara tidak diingini. Baca disini
Berbeza dengan sambutan yang diberikan terhadap pemimpin Barisan Nasional, Dato’ Hasan Bin Malek Ahli Parlimen Kuala Pilah yang menerima jemputan khas dari Jawatankuasa Kuil Sri Kandhasamy Kuala Pilah untuk hadir bersama dengan masyarakat Hindu pada Maha Kumbavishegam. Kehadiran beliau disambut gembira oleh masyarakat yang memenuhi perkarangan Kuil Sri Kandhasamy sambil bersalaman dan berjalan bersama beliau bertemu dengan pemimpin pemimpin masyarakat India di Kuala Pilah.




Kehadiran Dato’ Hasan Malek berpakai sopan sesuai dengan sambutan keagamaan di kuil tersebut dan bukannya seperti Teresa Kok yang hadir berpakaian skirt ke Masjid ... ataupun seperti Nga Kor Ming yang memasuki rumah orang Melayu dengan memakai kasut,begitu hinakan Melayu dimata pemimpin DAP?


Lihatlah perbezaan kematangan Ahli  Politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, Dato’ Hasan bin Malek meluangkan masa hanya untuk hadir bersama rakyat, DS Anwar Ibrahim pula ingin menggunakan kesempatan yang sama untuk berceramah politik bagi memfitnah kerajaan dan menghasut rakyat.
Apakah Dato’ Hasan Bin Malek tidak pandai berceramah,cuba saja tanya masyarakat Kuala Pilah kehebatan beliau membidas fitnah dan penipuan Pakatan Rakyat di ceramah ceramah beliau, hanya beliau faham tentang sambutan pada hari tersebut merupakan sambutan keagamaan dan ianya bukan merupakan tempat untuk berceramah politik,inilah Pemimpin Barisan Nasional, Pemimpin 1 Malaysia yang memahami agama dan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.
Dari segi kelayakan berceramah, Dato' Hasan Malek merupakan seorang Timbalan Menteri Kerajaan Malaysia dan DS Anwar Ibrahim hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang,siapa lebih layak berceramah?
Masyarakat India sudah sedar penipuan politik Pakatan Rakyat,tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani yang berani menolak politik fitnah di kuil dengan menghalang ceramah DS Anwar Ibrahim di Negeri Kedah yang terletak dibawah pimpinan Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan, rakyat sudah mulai menolak pimpinan Pakatan Rakyat,termasuk Ketua Umum mereka, DS Anwar Ibrahim.
Teruskan Perjuangan...

Friday, 27 January 2012

Fitnah Ahli Parlimen Kota Raja

Fitnah Ahli Parlimen Kota Raja



Ini merupakan pesanan Twitter dari Ahli Parlimen Kota Raja berhubung konflik Kg.Jalan Kebun,yang mengatakan Orang India tidak selamat dikawasan UMNO. Apakah benar kenyataan beliau?
Mungkin YB Dr.Siti Mariah tidak sedar bahawa konflik berkenaan terjadi dikawasan Parlimen Kota Raja,yang terletak dibawah DUN Sri Muda yang juga merupakan kawasan Pakatan Rakyat.
Inilah bukti Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bukan saja gagal menguruskan kawasan sendiri namun tidak mengenal tempat dibawah kawasan parlimennya sendiri. Dibawah Pakatan Rakyat bukan saja orang India tidak selamat,semua bangsa termasuk Melayu dan Cina juga tidak selamat dikawasan Pakatan Rakyat.

Konflik Kg.Jalan Kebun Terbongkar

Konflik Kg.Jalan Kebun Terbongkar

Perselisihan faham di Kg.Jalan Kebun baru baru ini menimbulkan tanya tanya dikalangan masyarakat tempatan terutamanya penyokong BN,tempat yang aman damai tiba tiba menjadi medan peperangan diantara kaum, @princeofpilah akan mengupas peristiwa disebalik isu tersebut.


1. Kenapa HINDRAF disuruh kumpul dipinggir jalam jam 7.00pm?

HINDRAF diminta hadir pada jam 7.00pm dan diminta berkumpul dipinggir jalan sambil melaung laungkan slogan Pakatan Rakyat,diwaktu masyarakat Melayu Kg.Jalan Kebun menjalankan solat Maghrib. Kenapa mereka tidak diminta untuk duduk didalam dewan sambil mendengar ceramah dari penceramah India?
Dimana @Chegubard pada waktu penyokong HINDRAF berkumpul dipinggir jalan?

Ini bertujuan menimbulkan konflik diantara masyarakat tempatan Melayu dan kaum India dikawasan tersebut,serta bagi membakar sentimen perkauman untuk perjuangan politik @chegubard,yang tidak mendapat sokongan dikalangan pemimpin PKR.


2. Kenapa ceramah yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan HINDRAF diadakan dikawasan yang 91% orang Melayu?

Secara umumnya,sesebuah ceramah diadakan dikawasan yang mempunyai jumlah penyokong yang ramai,ataupun berpotensi mendapatkan penyokong yang lebih ramai,namum apa tujuan @chegubard mengadakannya di kawasan Melayu,yang hanya mempunyai 73 orang India dan rata rata bukannya penyokong pakatan rakyat.

STATISTIK TERBARU PENGUNDI DI JALAN KEBUN
Jumlah Pengundi = 2,596 orang
Melayu: 2,383 orang (91.8%)
Cina = 132 orang (5.1%)
India = 73 orang (2.8%)
Lain-lain bangsa = 8 orang (0.3%)

Kalau tujuan @Chegubard memang untuk menjayakan program HINDRAF, sepatutnya majlis tersebut di adakan di Seksyen 25 Sri Muda di mana ramai penduduk berketurunan India jauhnya tak sampai 10km dan bersempadan dgn Kota kemuning & Jalan Kebun, namun itu bukan tujuan sebenar @chegubard yang menginginkan perselisihan fahan antara kaum dikawasan tersebut.

3.Kenapa @chegubard tidak memberitahu kepada pihak polis tentang program tersebut?

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob pihak penganjur sebenarnya tidak memaklumkan kepada polis untuk mengadakan program berkenaan dan hanya menerima maklumat mengenai program tersebut diadakan selepas pihaknya mendapat laporan wujudnya kekecohan di lokasi program itu diadakan pada malam tersebut dan keadaan terkawal hanya selepas polis tiba ditempat kejadian.

Tujuan @chegubard adalah mewujudkan perselisihan faham antara kaum disana,dan beliau ingin menjadi jaguh dikawasan tersebut dengan menenangkan keadaan tersebut dengan slogan SAMM dan apabila gagal,maka terpaksalah @chegubard meminta bantuan polis,takut dirinya turut kena pukul. Sudah menjadi pengetahuan umum, @chegubard memang takut akan pergaduhan dan bukan pemimpin yang berani,dimana @chegubard sewaktu Himpunan BERSIH 2.0 ?

4.Kenapa @chegubard hadir sebagai wakil SAMM?

Mungkin ramai yang tidak sedar tentang hal ini,namun pada kenyataannya @chegubard menganjurkan ceramah tersebut dibawah naungan SAMM,kenapa bukan PKR?

@Chegubard sebenarnya merupakan pemimpin yang gila kuasa dan jawatan,jika beliau hadir dibawah bendera PKR maka @chegubard harus menjemput pemimpin PKR tempatan termasuk ADUN Sri Muda,dan ianya akan membuatkan @chegubard tidak mempunyai kepentingan dalam ceramah tersebut,maka ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafieidi tidak dijemput,dan @chegubard hadir sebagai Pengerusi SAMM dan VIP utama pada ceramah tersebut.

5.Kenapa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafieidi tidak hadir?


Shuhaimi Shafieidi pasti tidak mahu kawasan beliau dilabel kawasan konflik dan membawa nama buruk kepada beliau serta turut mempengaruhi peluang untuk memenangi kerus DUN Sri Muda pada PRU13. Oleh sebab itu, @chegubard tidak menjemput Shuhaimi Shafieidi bagi menghadiri ceramah tersebut bagi mempermudahkan usaha beliau membuat konflik di kawasan tersebut.
Satu lagi sumber mengatakan bahawa @chegubard tidak menjemput Shuhaimi Shafieidi kerana beliau merupakan kawan baik kepada Shamsul Iskandar Ketua AMK PRK yang mengalahkan @chegubard pada perebutan kerusi AMK PKR tahun lepas.


Kini segala persoalan disebalik konflik Kg.Jalan Kebun sudah dibongkarkan,dan ternyata @chegubard disebalik segala permasalahan tersebut.

Friday, 20 January 2012

CheguBard Harus Minta Maaf


CheguBard Harus Minta Maaf

n9kini.netHina kah menjadi klass bawahan  bagi kaum India . Apakah di Malaysia masih ada  kasta kasta kelas bawahan bagi kaum India. Itulah sebabnya  1 Malaysia memeritkan kepimpinan Anwar Ibrahim kerana 1 Malaysia yang berjaya menyatukan  semua kaum tanpa mengira kulit dan warna apatah lagi kasta telah lama di lupakan oleh kaum India di Malaysia.

Chegu Bard  baru baru ini telah menghina kaum India  dengan merendahkan kasta mereka dengan mengatakan bahawa pesta pungai adalah bagi kaum India bawahan. (Paria) apakah kaum India kelas atasan tidak merayakan pesta ponggal. Penghinanan Chegu Bard ini menyinggung perasaan kaum India khususnya di negeri sembilan apabla sebuah blog Putera MIC telah mengecam kenyataan Chegu Bard ini.baca sini

Menurut portal berkenaan, “Sebenarnya,kata kata @chegubard menunjukkan beliau tidak pernah mengetahui erti sebenar sambutan Ponggal,dan seperti biasa menjadikannya sebagai ajang politik beliau bagi memperbodohkan masyarakat,dan cuba mempermainkan sentimen kaum India.”

Menurut portal itu lagi :”Kata ‘seharusnya‘ pada tulisan @chegubard seolah olah menunjukkan kerajaan Malaysia menghalang sambutan ini diadakan secara beramai ramai dikawasan terbuka,dan jika menurut saya, kata ‘ seharusnya‘ dalam tulisan @chegubard tidak seharusnya digunakan kerana ianya merupakan suatu pembohongan @chegubard kerana sambutan Ponggal memang diraikan sebagai penyatuan kaum petani dan orang ramai dikawasan terbuka  dan secara bebas di Malaysia. Mungkin beliau tidak pernah menghadiri sambutan Ponggal sebelumnya.”

Seharusnya  Chegu Bard jangan kurang ajar dan mempersendakan  perayaan  bangsa lain jika mahu dihormati

Sumber : http://n9kini.net/chegu-bard-jangan-hina-perayaan-kaum-india/

Thanx Viswa

Thanx Viswa


Tuesday, 17 January 2012

Chegubard Hina Petani India

Chegubard Hina Petani India

Inilah kata kata @chegubard sempena Sambutan Perayaan Ponggal,beliau menyatakan sambutan tersebut merupakan perayaan kelas bawah alias kelas pariah,apakah @chegubard menyatakan semua yang menyambut perayaan ini merupakan pariah? Apakah yang @chegubard tau tentang Perayaan Ponggal?
Sebenarnya,kata kata @chegubard menunjukkan beliau tidak pernah mengetahui erti sebenar sambutan Ponggal,dan seperti biasa menjadikannya sebagai ajang politik beliau bagi memperbodohkan masyarakat,dan cuba mempermainkan sentimen kaum India.

Persoalannya adalah,apa yang @chegubard maksudkan dengan 'seharusnya melambangkan penyatuan kaum tani'? Mungkin beliau sendiri tidak tau erti kata kata tersebut. Sejak turun temurun sambutan Ponggal diadakan sebagai sambutan penyatuan kaum petani dan orang ramai yang akan berkumpul beramai ramai bagi memasak 'Ponggal' sebagai persembahan kepada Dewa Matahari dikawasan terbuka secara bebas,dan ianya turut diadakan di Malaysia dengan cara yang sama. Kata 'seharusnya' pada tulisan @chegubard seolah olah menunjukkan kerajaan Malaysia menghalang sambutan ini diadakan secara beramai ramai dikawasan terbuka,dan jika menurut saya, kata ' seharusnya' dalam tulisan @chegubard tidak seharusnya digunakan kerana ianya merupakan suatu pembohongan @chegubard kerana sambutan Ponggal memang diraikan sebagai penyatuan kaum petani dan orang ramai dikawasan terbuka  dan secara bebas di Malaysia. Mungkin beliau tidak pernah menghadiri sambutan Ponggal sebelumnya.

Tapi apakah kaum India akan menikmati kebebasan yang sama jika Pakatan Rakyat yang diketui oleh PAS memerintah Malaysia? Jangan mudah terpengaruh dengan kata kata ataupun tulisan pemimpin pembangkang,kebanyakan dari mereka tidak tau apa erti sebenar tulisan mereka,dan @chegubard merupakan salah seorang dari mereka.

Saturday, 14 January 2012

Wednesday, 11 January 2012

Agenda Penipuan DAP N.Sembilan

Agenda Penipuan DAP N.Sembilan


 


Ketua Pembangkang Negeri Sembilan,Anthony Loke mengatakan DAP tidak akan menghapuskan hak keistimewaaan Melayu jika DAP berkuasa di Negeri Sembilan, boleh ke percaya kenyataan beliau?





Sebelumnya Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP menegaskan akan menolak sama sekali penubuhan negara Islam disebuah mesyuarat di Petaling Jaya jika memenangi PRU13
Beliau juga berkata, dengan wujudnya Malaysian Malaysia semua kaum akan menikmati keistimewaan yang sama adil tidak seperti yang diamalkan oleh kerajaan sekarang serta tidak akan wujud lagi sebarang perbezaan dan diskriminasi kaum di antara orang Melayu, Cina dan India. Baca DAP Hapuskan Hak Melayu



Di Selangor dibawah pemerintahan kerajaan PAS Tony Pua pernah mencadangkan pemansuhan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor yang dilihat sebagi langkah awal memansuhkan hak istimewa Melayu di Selangor,apakah ianya tidak akan berlaku di Negeri Sembilan jika Pakatan Rakyat memerintah? Baca Cubaan DAP Hapuskan Hak Melayu Di Selangor

Apakah Anthony Loke akan melawan Lim Guan Eng dan Tony Pua untuk melaksanakan hak keistimewaan Melayu yang ditentang oleh DAP jika Pembangkang mengambil alih Negeri Sembilan?




Bukan saja hak Melayu,namun pemerintahan Islam di Kelantan juga pernah dipertikaikan oleh DAP melalui Pengerusi DAP Karpal Singh yang membantah rakan sekutunya Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai pentadbiran Islam yang di bawa PAS. Baca DAP Bantah Pemerintahan Islam

Apakah Anthony Loke akan melawan Karpal Singh untuk menegakkan Islam di Negeri Sembilan seperti kenyataan beliau di Sinar Harian? 


Baru baru ini Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menghapuskan diskriminasi kaum sekiranya dilantik menjadi perdana menteri selain mengesahkan Pakatan Rakyat akan mengangkat hak semua bangsa di sebuah ceramah di Subang Jaya. Baca Anwar Akan Hapuskan Hak Melayu Jika Jadi Perdana Menteri.

Jika diskriminasi yang dimaksudkan adalah hak keistimewaan Melayu,apakah Anthony Loke akan melawan DS Anwar Ibrahim bagi memastikan bahwa hak keistimewaan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan?

Inilah DAP,tidak mempunyai pendirian dan memperbodohkan masyarakat dengan sentimen agama dan perkauman,mungkin pada PRU12 minda masyarakat masih tertutup,tapi kini ramai sudah sedar tentang agenda DAP mempergunakan PAS dan PKR untuk menguasai Malaysia.Jika ini dibiarkan,suatu hari nanti Malaysia akan diperintah oleh Perdana Menteri DAP,dengan dibantu kuda PAS dan PKR.

1Malaysia Bangkit menghadapi agenda penipuan DAP dan tolak Pakatan Rakyat!

Tuesday, 10 January 2012

Muslimah PAS Hilang Akal

Muslimah PAS Hilang Akal



Inikah yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat? Muslimah bertudung labuh yang dulunya dikenali dengan sikap sopan santun mereka, kini menari dan menjerit jerit ditengah jalan bagaikan hilang akal selepas mahkamah membuat keputusan kes liwat Anwar Ibrahim. Inilah salah satu fahaman DAP yang diadaptasi oleh PAS dalam memperjuangkan negara kebajikan,renungkanlah.

Pembangkang Belum Ready

Pembangkang Belum Ready - Prof Datuk Dr. Shamsul Amri

PILIHAN Raya Umum-13 (PRU13) yang dijangka pada tahun ini dilihat sangat sengit kerana gelombang kebangkitan pembangkang dalam PRU12 pada 2008. Tetapi banyak pihak melihat gelombang itu bukan disebabkan kekuatan pembangkang tetapi faktor lain antaranya memprotes Barisan Nasional (BN).

Pada masa yang sama pakatan mempunyai masalah dalaman dan tidak sekukuh BN. Kerana itu sehingga kini pakatan pembangkang tidak mengumumkan barisan Kabinet Bayangan untuk membuktikan kepada rakyat kesungguhan mereka.

Selagi pakatan pembangkang tidak mampu mengumumkan Kabinet Bayangan, selama itulah rakyat tidak yakin apakah yang boleh dilakukan sekiranya mereka diberi mandat untuk menjadi kerajaan. Setakat ini hanya jawatan Perdana Menteri yang ditonjol-tonjolkan tetapi tidak Kabinet lain untuk rakyat melihat kewibawaan calon itu.

Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) PROFESOR DATUK DR. SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN berkata, jika pembangkang serius, mereka mesti mengumumkan Kabinet Bayangan.

“Bolehkah mereka nyatakan dalam tempoh 10 saat siapa yang layak menjadi Menteri Pertahanan sekiranya mereka menang,” demikian tegas Shamsul ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID, Jumaat lalu.

Bagaimana Prof. melihat senario politik pada tahun ini?

Ada dua perkara yang saya perhatikan. Pertama adalah demokrasi dalam pilihan raya dan kedua demokrasi dalam bentuk partisipasi. Ia adalah dua bentuk yang berbeza kerana bagi mereka yang mahukan partisipasi mahukan pilihan raya tetapi bagi mereka yang mahu pilihan raya belum tentu suka dengan partisipasi. Ini kerana mereka ingat hanya mereka yang mahu berkuasa dan telah dipilih. Ini memberi jurang serta implikasi yang besar kepada parti politik melalui cara berkempen, cara memilih calon, cara berhadapan dengan pilihan raya dan sebagainya. Pada saya dua perkara ini mampu memberi kesan dan saya perhatikan dalam konteks perubahan struktur susunan politik di negara ini. Ia bertukar daripada sistem pelbagai parti sebelum ini kepada sistem dua parti. Ini memberi peluang kepada rakyat untuk memilih antara A dan B.

Ini yang dipraktikkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia. Kita sedang menuju ke arah sistem dua parti tetapi belum lagi sampai ke matlamat itu. Ia bermula pada tahun 1990 apabila pembangkang melalui Semangat 46, Pas dan DAP cuba bekerjasama tetapi gagal. Cuma Barisan Nasional (BN) yang berjaya mengamalkan sistem pakatan melalui konsep perkongsian kuasa. Namun tidak ada mana-mana parti yang dominan, hanya melalui nombor (ahli) tetapi bukan kuasa. Ini kerana demokrasi bermaksud perkongsian kuasa. Pembangkang ketika itu baru mula berjinak-jinak dengan perkongsian kuasa melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Berbeza dengan BN yang telah kukuh sejak sekian lama.

Bila masanya sistem dua parti ini menjadi lebih berkesan?

SHAMSUL: Ia menjadi kuat sejak tahun 1999 di mana pembangkang mula bersatu secara serius selepas peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun ketika itu ia masih belum jelas namun putik-putik ke arah itu sudah bermula. Namun keadaan berubah pada pilihan raya 2004 apabila BN menang besar dan pembangkang terpaksa menanggung kekalahan besar. Ini akibat dari pertukaran Perdana Menteri dan beberapa faktor lain. Namun kekalahan ini tidak menjadi barah pada pembangkang kerana mereka mengkaji faktor dan membuat perancangan yang teliti sebelum Pilihan Raya 2008 bermula. Namun yang jelas dalam Pilihan Raya 2008 mereka telah menemui formula untuk menang lebih banyak kerusi walaupun mereka tidak ada parti yang didaftar tetapi cuma berasas kepada hubungan bagi memastikan kepentingan masing-masing.

Saya bagi satu contoh di satu ADUN sebelum sistem dua parti ini berlaku. Terdapat tiga parti yang bertanding iaitu BN, Pas dan DAP. Pihak BN mendapat contohnya daripada 30,000 undi mendapat 12,000 undi. Manakala Pas dan DAP kedua-duanya mendapat 9,000 undi menjadikan jumlah 18,000 undi. di sini menunjukkan majoriti pengundi adalah bukan penyokong BN tetapi kerana tidak ada pakatan dan sistem dua parti mengakibatkan undi terpecah tiga. Yang mendapat keuntungan adalah pihak BN. Ini yang berlaku pada pilihan raya 2008 bilamana sistem dua parti mula mendapat tempat di kalangan pengundi mengakibatkan BN kalah di banyak kerusi yang sebelum ini mereka dominan. Ini yang saya katakan tadi antara demokrasi pilihan raya dan demokrasi partisipasi, bagaimana permainannya, gerak kerja serta kempen dan sebagainya.

Apakah masyarakat bersedia ke arah sistem ini?

Keadaan sekarang jelas ia ke arah demokrasi partisipasi dan tidak mustahil sistem dua parti ini akan menjadi dominan. Dalam sistem ini pemimpin dan ahli mungkin tidak kekal dan akan ada yang keluar masuk tetapi bukan parti. Satu perkara lagi, politik di negara ini mesti berlandaskan pakatan kerana tidak ada kaum yang dapat memerintah tanpa sokongan daripada kaum-kaum lain. Inilah formula yang telah digunapakai sejak 1949 lagi. Ini telah membuatkan pemimpin pembangkang perlu menubuhkan satu parti berasaskan satu nama dan ada parti-parti komponen di dalamnya seperti BN. Ini yang membolehkan sistem dua parti ini berlangsung secara rasmi. Sekarang ini sistem ini belum rasmi lagi. Namun yang menjadi permasalahan sekarang ini adalah masalah dalaman antara parti-parti pembangkang yang telah menyukarkan mereka bergabung. Ia tidak berlaku antara parti seperti PKR dengan DAP dan sebagainya walaupun terdapat serba serbi masalah antara mereka. Masalah utama adalah masalah dalaman parti.

Namun bagi kerajaan yang memerintah masalah mereka lagi teruk kerana ia tidak sahaja melibatkan antara parti tetapi jika agensi kerajaan misalnya membuat kesilapan orang melihat ia adalah masalah parti pemerintah walaupun ia tidak begitu. Sebagai contoh jika anggota polis melanggar pemandu kereta lain ia akan dilihat sebagai masalah pemerintah yang berlaku kejam walaupun ia langsung tidak melibatkan kerajaan pun. Pihak pembangkang boleh mengkritik atau menyalahkan pihak kerajaan kerana mereka adalah kerajaan yang memerintah. Perkara ini tidak boleh berlaku kepada pembangkang kerana mereka bukan kerajaan yang memerintah. Ini juga boleh berlaku kepada kerajaan negeri seperti Selangor yang diperintah pembangkang. Mereka telah dikritik dari pelbagai sudut baik dari segi agama, rasuah, jalan berlubang dan sebagainya. Namun kesannya tidaklah seperti yang dialami kerajaan pusat.

Tapi apakah parti pembangkang bersedia untuk sistem ini?

Bagi saya jika parti pembangkang serius mahu memerintah paling penting mereka perlu ada Kabinet Bayangan. Ini kerana jika tidak ia umpama pembangkang berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu tetapi kemudian mereka membawa haluan masing-masing. Ini tidak boleh berlaku kerana ia melibatkan soal berkerajaan dan rakyat melihat ia sebagai sesuatu yang serius. Ini yang berlaku di negeri-negeri pembangkang yang apabila sampai ke kemuncak mereka tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Sebabnya mereka tidak bergabung kukuh sebagai satu parti. Saya ingin tahu jika pembangkang adalah satu pakatan yang kukuh, siapa yang bakal menjadi Menteri Kewangan jika mereka memerintah dan siapa pula menjadi Menteri Pertahanan. Bolehkah mereka nyatakan dalam tempoh 10 saat siapa yang layak menjadi Menteri Pertahanan. Ini penting dan rakyat mesti tahu kerana ini menunjukkan kredibiliti dan keupayaan pembangkang. Ini masalah utama dalam pembangkang mereka masih belum mengemukakan siapa yang benar-benar layak untuk menjadi barisan Kabinet. Ini belum lagi kita cerita masalah dalam parti masing-masing selain hubungan yang tidak jelas dalam pakatan pembangkang.

Andaikan pakatan menang dalam pilihan raya nanti, bagaimana keadaannya?

Saya juga mahu menyoal kembali bagaimana pembangkang mampu menang. Apakah mereka menang kerana orang ramai menyokong pembangkang atau pun kerana mereka membenci BN. Jadi kita perlu kenal pasti perkara sebenar yang berlaku. Saya berpandangan kemenangan pakatan itu tidak berasaskan semata-mata kerana rakyat mahu dan sukakan mereka. Mesti ada faktor kerana rakyat sudah membenci BN. Sebenarnya terdapat tiga golongan iaitu mereka yang membenci BN, menyokong BN dan ketiga benci kepada kedua-dua BN dan pembangkang. Saya melihat kuasa ketiga ini yang masih belum dapat dibaca pemikiran mereka oleh kedua-dua parti. Namun pada saya selagi sistem dua parti ini tidak benar-benar wujud, kuasa ketiga ini boleh menjadi alternatif. Ini yang berlaku apabila Parti Liberal Demokratik (LDP) mula mendapat sokongan besar masyarakat di Britain.

Apakah sistem dua parti ini boleh memberikan berkesan dalam sistem demokrasi negara?

SHAMSUL: Saya melihat hampir kesemua ahli politik di negara ini termasuk dari DAP terlatih dengan apa yang saya panggil Sekolah Politik Barisan Nasional. Mereka pernah menjadi orang BN, atau menyokong BN apatah lagi orang macam Anwar dan ramai lagi dalam PKR. Ini sebabnya saya lihat keadaan politik negara ini agak bermasalah kerana masih tetap meneruskan imej yang pernah atau masih dilakukan oleh BN. Oleh itu apabila rakyat mahu membuat keputusan dalam pilihan raya mereka akan melihat calon yang ada juga pernah terlibat dalam politik BN, cumanya kerana terlalu membenci BN mereka masih memberi sokongan kepada pembangkang. Ini yang berlaku pada 1999 di mana rakyat membuat keputusan sama ada mereka membenci Dr. Mahathir atau sayangkan Anwar atau sebaliknya.

Jadi akhirnya pilihan raya itu menunjukkan undi protes dan bukan kerana menyukai sesuatu parti. Saya melihat proses sistem dua parti ini akan hanya memainkan peranan sebenar apabila tidak lagi timbul sama ada rakyat mengundi kerana membenci tetapi kerana telah membuat penilaian siapa antara mereka yang menawarkan yang terbaik. Pada masa sekarang saya melihat pembangkang masih belum mampu mengambil alih kerana mereka masih belum tahu apa yang mahu dilakukan sebenarnya. Memang ramai yang suka sistem ini mampu berperanan sebagai semak dan imbang, namun apakah kita benar-benar yakin bahawa mereka sudah benar-benar bersedia untuk menjadi kerajaan. Bagi saya selagi mereka tidak boleh menyatakan satu bentuk Kabinet Bayangan yang meyakinkan, akan ada masalah untuk mereka untuk menarik sokongan rakyat. Mereka akan teraba-raba jika tidak serius dalam soal ini kerana rakyat kini sudah semakin cerdik. Rakyat akan mengundi parti mana yang jelas tentang apa yang mereka mahu lakukan untuk mereka dan negara.

Sehingga kini pun pembangkang masih tidak jelas apa yang mereka mahu lakukan jika memerintah kerana negeri-negeri yang mereka kuasai tidak melalui proses perubahan seperti yang mereka uar-uarkan dalam kempen pilihan raya lalu. Apa komen Datuk?

Ini yang menjadi masalah kepada pakatan kerana mereka masih tidak yakin dan mampu apa yang mereka boleh lakukan dan siapa yang boleh melakukannya. Sebab itu saya berpandangan kita kini sedang kearah sistem dua parti tetapi bukan bermaksud kita sudah melakukan sistem dua parti. Kita juga boleh melihat andai kata sesuatu berlaku kepada Anwar, siapa yang boleh menggantikannya. Yang ada sekarang hanya beliau sahaja yang paling layak memerintah dan tidak ada orang lain. Ini juga satu masalah yang berlaku pada mereka kerana tidak ada satu perancangan jangka masa panjang. Yang berlaku sekarang adalah pembangkang hanya tahu merancang bagaimana untuk ke puncak tetapi kerjasama yang jelas serta apa pengisian setelah berjaya ke atas langsung tidak jelas.

Adakah Prof. melihat perbezaan ketara akan berlaku sebelum pilihan raya akan datang?

Keadaan sekarang ini saya boleh katakan bahawa 30 peratus undi nanti akan pergi kepada BN dan 30 peratus lagi kepada pembangkang. Sejumlah 40 peratus lagi yang akan berada di tengah-tengah. Siapa mereka ini? Saya ambil contoh kampung saya di Jempul, Negeri Sembilan. Daripada 40 peratus ini, 30 peratus adalah mereka mereka yang menetap di bandar sama ada Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan sebagainya. Mereka ini akan mendengar ceramah kedua-dua pihak dan apabila balik ke kampung untuk mengundi, mereka yang akan menentukan siapa calon yang akan menang dan siapa kalah. Mereka ini yang dipanggil sebagai pengundi ayun Jika kita tengok dalam pilihan raya lepas, jumlah majoriti tidak lebih daripada 1,000 atau 500 undi. Kalau dahulu jumlah majoriti mencecah 30,000, 10,000. Tetapi sekarang jumlah majoriti terlalu sedikit malah ada yang hanya mendapat majoriti dua undi sahaja. Kenapa ini berlaku? Ini menunjukkan undi mereka yang berada di tengah-tengah ini turun naik. Mereka boleh mengundi sesiapa sahaja yang mereka mahu.

Mereka ini bukanlah pengundi atas pagar tetapi apa yang kita panggil sebagai pengundi ‘ideologikal’ atau pengundi demokrasi yang partisipasi. Kita lupa bahawa mereka ini pernah menjadi penyokong tegar mana-mana parti tetapi kerana dipinggirkan atau tidak sehaluan lagi maka mereka memerhati. Itu sebabnya pada pilihan raya 1999, UMNO hanya mendapat undi satu perempat dari asal. Malah perkara ini sudah berlaku sejak 1987 apabila UMNO sendiri berpecah kepada dua pasukan dan kemudian tertubuh pula parti Semangat 46. Inilah keadaan yang berlaku kepada 40 peratus pengundi yang berada di tengah-tengah. Walaupun mereka ini tidak aktif dalam mana-mana parti namun mereka mahukan suara mereka didengari. Mereka menentang dengan jelas korupsi, rasuah, mahukan ketelusan dan sebagainya. Mereka jelas tentang hak-hak mereka dan sebagainya. Namun bagi saya politik pada tahun 2012 adalah tentang politik ketelusan. Kerajaan akan berhadapan situasi yang mencabar kerana mereka perlu memberi gambaran kepada umum tentang ketelusan yang dilakukan.

Apakah peranan NGO-NGO Melayu. Bolehkah mereka dilihat sebagai pengganti parti politik?

Saya perlu jelaskan dalam politik Malaysia tidak ada parti yang boleh menang tanpa kerjasama dengan kaum-kaum lain. Kita mengamalkan perkongsian kuasa dan ramai yang tidak faham kenapa ini diperlukan. Ramai yang bertanya kepada saya kenapa kita perlukan NGO seperti Perkasa? Sebenarnya bagi saya mereka wujud sudah agak lambat. Ini kerana Orang Cina sudah ada Siu Qiu dan India pula Hindraf. Orang Melayu pula baru nak teringat kena tubuh Perkasa. Namun bagi saya negara seperti Malaysia yang terdapat pelbagai kaum adalah sesuatu yang tidak mustahil kumpulan atau NGO mewakili kaum ditubuhkan.

Bagaimana dengan soal hubungan kaum yang dipolemikkan pihak tertentu?

Dalam soal ini selepas peristiwa 13 Mei 1969, masyarakat pelbagai kaum sudah mencapai tahap kematangan. Mereka sudah jelas bahawa tidak akan ada mana-mana kaum yang boleh dominan dan mereka sedar akan keperluan menjalin kerjasama antara satu sama lain. Kita perlu sedar bahawa negara ini adalah negara dengan majoriti kecil Mungkin dari segi pilihan raya, kaum Melayu boleh bergantung sendirian tanpa kaum lain tetapi apabila dalam hal ekonomi mereka kalah.

Namun dalam keadaan kekuatan politik orang Melayu semakin lemah kerana berpecah belah, saya ingin membuat teguran kerana ramai pihak menyerang Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah sesuatu yang teruk kerana kegagalan pelaksanaan, korup dan sebagainya. Namun apakah semua itu betul dan tidak ada satupun dari DEB ini berjaya membantu orang Melayu dan masyarakat. Saya nak tanyalah jika sebelum ini ada orang Melayu dapat kontrak RM20 juta, dia dapat untung RM2 juta melalui DEB. Orang pertikaikan kenapa dia dapat kontrak dan sebagainya. Kenapa tak orang pertikai siapa yang dapat selebihnya dari RM20 juta tadi, sudah tentu orang Cina. Tetapi mengapa tidak ada orang yang bercakap mengenainya. Apakah DEB itu hanya menguntungkan orang Melayu semata-mata sedangkan yang mengaut keuntungan besar adalah orang Cina. Kenapa orang lain perlu menjadikan hal 30 peratus penguasaan ekonomi orang Melayu sebagai isu besar sedangkan ramai di luar sana terutama kaum Cina mendapat sebahagian besar penguasaan ekonomi negara. Kita perlu jelas dan buat kajian tentang perkara ini supaya perkara fakta ini tidak lagi menjadi modal politik yang digunakan untuk memperbodohkan orang ramai.

-Utusan-

Monday, 9 January 2012

Kembali 16 September

16 September Kembali - Anwar Akan Berjumpa 30 MP Barisan Nasional
Menurut sumber yang dipercayai,DS Anwar Ibrahim akan berjumpa dengan 30 MP Barisan Nasional bagi menghidupkan kembali Agenda 16 September.Momentum Anwar Ibrahim kembali mekar setelah Hakim memutuskan Ketua Pembangkang itu tidak bersalah.Ianya disambut dengan sorakan bukan saja dari penyokong Pakatan Rakyat namun beberapa Pemimpin Barisan Nasional.

Kehadiran salah seorang bekas Pemimpin UMNO Kadir Sheikh Fadzir yang kini bergiat aktif melalui NGO yang diasaskan Ku Li iaitu AMANAH benar benar menjadi tanda tanya ramai pihak,turut dikatakan sebagai permulaan Agenda September 16.

Dijangkakan isu Lompat Parti 16 September yang cuba dicetuskan Anwar 3 tahun dahulu bakal dibangkitkan semula. Beberapa perbincangan sedang diatur bagi menyusun semula strategi 16 September memberi keyakinan kepada beberapa MP BN yang disasarkan Anwar bakal menyokong beliau sebelum ini.

Negeri Sembilan turut dipercayai menjadi sasaran Pakatan Rakyat untuk diambil alih. Menurut sumber yang sama 3 ADUN teleh dikenal pasti untuk 'lompat parti' dan ianya bukan merupakan isu yang baru,memandangkan ianya pernah dibangkitkan 3 tahun lepas. Siapakah ADUN tersebut,yang dikatakan akan diberi posisi EXCO kerajaan negeri jika Pakatan Rakyat menguasai Negeri Sembilan?

Adakah Kerajaan BN bakal tumbang sebelum PRU13 bakal berlangsung. Hari ini PM Najib Tun Razak pulang dari Afrika,dan diharapkan beliau membawa harapan baru kepada Barisan Nasional.

Wednesday, 4 January 2012

Chegubard Lawan Anwar

Chegubard Lawan Anwar




Ini merupakan jawaban dari @chegubard terhadap sebuah posting Twitter baru baru ini,yang jelas menunjukkan @chegubard tidak senang berada dibawah pimpinan DS Anwar Ibrahim dan ingin menyingkirkan beliau.

Sebenarnya @chegubard tidak sehaluan dengan DS Anwar Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat yang juga merupakan bapa saudaranya sejak kalah pada pemilihan Jawatan  Ketua AMK tahun lepas.Ketua Umum tersebut tidak membantu @chegubard untuk memenangi kerusi tersebut ,baca http://www.malaysiakini.com/news/148876. dan kini secara diam diam @chegubard memulakan pemberontakan dalam PKR bagi menyingkirkan Ketua Umum tersebut.

Chegubard Bakal Masuk DAP

Chegubard Bakal Masuk DAP

Menurut sumber yang dipercayai kenalan dekat @chegubard mengatakan bahawa @chegubard mungkin akan menyertai DAP dalam waktu terdekat disebabkan beberapa isu,termasuk sabotaj dari AMK dan PKR Negeri Sembilan.
Secara peribadi saya melihat @chegubard sebagai pemimpin yang rajin turun padang,walaupun ianya hanya sekadar ceramah berunsurkan fitnah,tetapi sekurang kurangnya beliau berusaha mendekati masyarakat dan bukannya seperti pemimpin pemimpin pembangkang lainnya yang hanya makan gaji buta dan memanaskan kerusi waktu ceramah fitnah.
Antara alasan yang dikatakan penyebab @chegubard keluar PKR adalah pebalahan diantara YB Dato Kamarul Baharin Pengerusi PKR N.Sembilan dengan @chegubard yang telah mencapai tahap 'panas', buktinya Kamarul Bahrin dan pemimpin PKR N.Sembilan tidak pernah menghadiri mana mana program PKR anjuran @chegubard di Rembau.
Kedua , @chegubard tidak disenaraikan dalam nama calon PKR N.Sembilan menghadapi PRU13 sehingga beliau harus keluar parti bagi meneruskan 'kehidupan' sebagai ahli politik dan pengerusi SAMM.

Ketiga perselisihan faham dan sabotaj dalaman oleh AMK terhadap @chegubard tidak dapat disembunyikan lagi,lihat bukti disebelah sehingga @chegubard disoal siasat oleh pihak polis baru baru ini.

Keempat, @chegubard ingin membuktikan dirinya masih 'laku' sebagai pemimpin pembangkang dan dengan menyertai DAP beliau berpeluang untuk menjadi Menteri Besar N.Sembilan jika N.Sembilan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat,sesuatu yang tidak mungkin jika @chegubard masih duduk di Pakatan Rakyat dibawah pimpinan YB Dato' Kamarul Baharin

Kelima, dasar pendekatan DAP untuk meletakkan calon Melayu bagi menghilangkan pandangan masyarakat Melayu bahwa parti tersebut merupakan parti anti-Melayu akan menerima @chegubard secara terbuka dan kemungkinan diberi peluang untuk bertanding di kerusi DAP di DUN Senawang.