Thursday, 23 February 2012

Khalid Disebalik Perobohan Kuil

Khalid Disebalik Perobohan Kuil

Bagi membongkarkan isu perobohan Kuil Sri Maha Mariamman Kota Warisan, @princeofpilah melawat sendiri kawasan Kota Warisan,Sepang dan akhirnya menemui jawaban kepada persoalan tersebut melalui conspiracy theory
Mungkinlah ' orang atasan' yang sangat berkuasa itu adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

Sepang merupakan benteng kuat Barisan Nasional,dimana kerusi Parlimen dan ketiga tiga kerusi DUN dikawasan tersebut dimenangi oleh Barisan Nasional,pelbagai usaha telah diambil oleh kerakaan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih kerusi kerusi tersebut namun gagal.
Kemajuan demi kemajuan yang telah dirancang oleh kerajaan barisan nasional sewaktu masih berkuasa di Selangor membuatkan kawasan Sepang berubah wajah dari kawasan berstatus luar bandar menjadi kawasan dengan ekonomi yang tinggi,membuatkan Khalid Ibrahim turut menunpang nama disitu walaupun beliau tidak membuat apa apa untuk membawa kemajuan dikawasan tersebut.

Pada 10 Jun 2011 , Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan masyarakat disana di Bandar Bharu Salak bagi sebagai usaha ' menceroboh' dikawasan Barisan Nasional,dan pada pertemuan itulah beliau berjumpa dengan Lee Kuan Yang, Pengarah Gema Padu serta pemaju daripada Kumpulan Gema Padu.

Gema Padu merupakan pemaju Kota Warisan perbandaran seluas 600 ekar.Kira-kira 350 ekar perbandaran ini telah dibangunkan sejak tahun 1997, dengan lebih 4,000 unit kediaman dan komersil. Menurut http://www.theedgeproperty.com/ sebuah pembangunan baru yang merangkumi 138 ekar yang terdiri dari hartanah kediaman dan komersil akan dibangunkan dalam tempoh waktu 4 tahun dan seterunya tanah seluas 112 ekar turut akan dibangunkan . Baca

Lee Kuan Yang pada pertemuan tersebut mengatakan syarikatnya kerugian sebanyak RM600, 000 pada tahap awal pembinaan dan kerja kerja tanah pada projek pembinaan sekolah menengah di Kota Warisan yang berharga RM12 juta pada tahun 2003 , setelah projek tersebut telah dihentikan oleh kerajaan pusat disebabkan oleh masalah kewangan.
Khalid Ibrahim menggunakan alasan ini untuk mendekatkan diri beliau dengan pemaju Gema Padu,serta turut berjanji untuk berusaha untuk mencari penyelesaian pembinaan sekolah menengah tersebut. Baca

Dilaporkan oleh mynewshub.my, Majlis Daerah Sepang banyak menerima aduan tentang pembinaan Kuil Sri Mahamariamman Baca

Conspiracy Theory :

Khalid Ibrahim sebagai usaha membantu pemaju Gema Padu telah mengizinkan perobohan kuil tersebut kerana terikat dengan janji yang beliau berikan kepada pemaju tersebut pada pertemuan mereka sebelumnya,kerana keberadaan kuil tersebut membuatkan syarikat tersebut mungkin mengalami kerugian. Namun disebabkan perobohan tersebut merupakan suatu pencerobohan terhadap tempat ibadat agama dan boleh dikenakan hukuman, beliau tidak mengarahkan Majlis Daerah Sepang untuk melakukan perobohan tersebut,malah menyuruh pemaju sendiri melakukannya atas alasan pemilik tanah kawasan tersebut.

Apakah Kepentingan Khalid Ibrahim?

Beliau akan membuatkan masyarakat India di Sepang marah terhadap Ahli Parlimen dan ADUN ADUN Barisan Nasional di kawasan tersebut,dan berharap masyarakat India disitu tidak mengundi Barisan nasional pada PRU13,sebagai usaha untuk Pakatan rakyat terus berkuasa di Selangor. Jika kuil tersebut perlu dirobohkan kenapa harus dilakukan menjelang PRU13 dan bukan sebelumnya? Tanah tersebut telah pun menjadi milik pemaju Gema Padu sejak 1997. Tolak Politik Rasis Pakatan Rakyat!!!

@princeofpilah tidak menuduh MB Khalid Ibrahim ataupun pihak pemaju Gema Padu terhadap perobohan Kuil tersebut,namun ini merupakan satu kemungkinan conspiracy theory dari Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Teruskan Perjuangan...

Wednesday, 22 February 2012

Kuil Hindu Dengkil Dirobohkan

Kuil Hindu Dengkil Dirobohkan

Sebuah kuil berusia 60 tahun di Ladang Lee Chin Cheng ( Kota Warisan ) Dengkil dirobohkan semalam oleh pemaju yang dikabarkan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah oleh menutup mata dalam mengeluarkan perintah bagi tindakan tersebut.

Menurut penduduk tempatan, pihak kerajaan tempatan Pakatan Rakyat  gagal memberi kata jelas serta tidak memberi waktu yang lama untuk Ahli Jawatankuasa Kuil tersebut untuk mengurus dokumentasi kuil tersebut dan seolah seolah turut bekerjasama dag pemaju dan bukannya menjaga kepentingan masyarakat. Dimana letaknya keadilan yang dilaung laungkan oleh Pakatan Rakyat?


Dilaporkan juga beberapa penduduk turut mengalami cedera semasa menghalang pegawai daripada merobohkan kuil tersebut,tetapi rintihan mereka tidak dilayan oleh pegawai. Pegawai yang hadir bersama pemaju enggan menjawab persoalan dari masyarakat sekitar,dan hanya berkata ‘cakap dengan pegawai  kepada kepada masyarakat setempat yang hadir sewaktu kejadian tersebut.

Siapakah pegawai atasan tersebut?

Apakah Dr Xavier Jayakumar, ADUN Sri Andalas, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Ahli Biro Politik PKR, & Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Kota Raja turut terlibat dalam hal ini?

Menurut penyokong cybermedia PKR @subangsivam melalui Twitter beliau kuil dirobohkan tanpa pengetahuan kerajaan Selangor dan Majlis Perbandaran Sepang,dan ianya lebih bersifat ketidak-puasan pihak pemaju terhadap AJK kuil tersebut.

 Beliau juga menuduh kerajaan Barisan Basional tidak mengambil langkah langkah dalam mendapatkan geran tanah kepada kuil tersebut,namun apakah yang tealah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dalam membantu kuil tersebut?
Persoalan :

1. Kenapa Dr. Xavier Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam mengambil waktu kira kira 24 jam sebelum melawat kawasan tersebut? Apakah menunggu agar kuil tersebut roboh sepenuhnya sebelum melawat ke kawasan tersebut?
Baca

Wakil dari MIC telah pun melawat kawasan tersebut sejurus mendapat informasi tentang kejadian tersebut.

2.Apakah Dr.Xavier tidak mengetahui status kuil tersebut? Kenapa tidak diusahakan untuk mendapatkan geran untuk kuil tersebut sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Pemerintahan Selangor? Kalau pernah diusahakan untuk mendapatkan geran ataupun perbincangan diantara pihak pemaju dan AJK kuil tersebut,mohon tunjukkan bukti,jangan mempersalahkan Barisan Nasional.

3.Laporan polis harus dibuat diatas isteri pemaju tersebut jika apa yang dikatakan oleh penyokong cybermedia pembangkang itu adalah benar,sudahkah laporan polis dibuat oleh pihak Dr.Xavier ?
Namun yang menjadi perbincangan dimedia sosial bagaimana seseorang boleh merobohkan kuil tanpa izin dari kerajaan tempatan dengan hanya menggunakan nama 'orang atasan' , apakah 'orang atasan' tersebut sangat berpengaruh sehingga kerajaan tempatan Pakatan rakyat juga terpaksa tunduk kepada beliau.

Apakah orang tersebut adalah Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim?
Sementara itu Yang Dipertuanya Majlis Perbandaran Sepang Mohd. Sayuthi Bakar  melalui http://www.mynewshub.my/ mengatakan pihaknya tidak terlibat dalam aktiviti merobohkan Kuil Maha Mariamman, aktiviti tersebut dilakukan Gemapadu Sdn. Bhd. selaku tuan tanah berdaftar dan Majlis Perbandaran Sepang tidak dimaklumkan secara rasmi mengenainya. Baca



Mengulas lanjut, Mohd. Sayuthi berkata,  Kuil Maha Mariaman pada asalnya sebuah kuil kecil yang terletak di dalam Ladang Lee Ching Ching di atas sebahagian Lot 17464 (Lot 36552), Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor.Sebahagian ladang itu kemudiannya dibeli Gema Padu Sdn. Bhd. dan dibangunkan kawasan perumahan dan dinamakan Kota Warisan .

Jelasnya, kuil itu tidak mempunyai sebarang kelulusan menduduki daripada pemilik ladang asal dan Gema Padu Sdn Bhd selaku pemilik tanah baru.

Tindakan merobohkan kuil tersebut tidak menghormati sentimen kepercayaan penganut Hindu,namum lihat kenyataan penyokong cybermedia Pakatan Rakyat yang menghalalkan segala perbuatan merobohkan kuil hanya untuk menunjukkan sokongan kepada politik parti pembangkang.


Dimanakah janji Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjaga semua rumah ibadat di Selangor? Jika Pemaju mahu roboh, mana tindakan susulan dari Pakatan Rakyat sebagai Pihak Kerajaan Tempatan? Mana dia janji pilihanraya mereka?

Anwar pernah berkata “Rumah ibadat pun mereka roboh, apa salah penganut agama lain?” Sewaktu ceramah diklang. Apakah ini cara Pakatan Rakyat menjaga kebajikan penganut agama lain.

Teruskan Perjuangan...

Monday, 20 February 2012

PAS Mengemis Untuk DAP

PAS Mengemis Untuk DAP

Perhatikan foto disebelah,seorang pemuda Melayu PAS sanggup meminta sedekah kepada pendengar ceramah demi memenuhi tabung kutipan pilihanraya parti DAP.

Inilah yang akan terjadi jika mengundi Pakatan Rakyat.

Masyarakat Melayu menjadi pengemis di negara sendiri.

Tolak Pakatan Rakyat

Teruskan Perjuangan...

Ceramah Mat Sabu RM40,000


Yuran Ceramah Mat Sabu RM40,000

Ceramah PAS merupakan satu satunya tempat dimana kita membayar wang untuk mendengar ceramah fitnah. Kebanyakkan ceramah menetapkan ' harga tiket ' terlebih dahulu. Namun pernahkah kita bertanya kemana perginya wang kutipan tersebut.

Lihat video disebelah, Mat Sabu meminta pendengar ceramah memberikan wang untuk kutipan pilihanraya,jaminan untuk masuk syurga juga ke?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu tersebut @princeofpilah menanyakan seorang sumber,yang merupakan ahli PAS mengenai kutipan dan perbelanjaan wang tersebut.


Menurut beliau , wang tersebut digunakan untuk perlengkapan pada hari ceramah, makan minum, transportasi , penginapan serta yuran ceramah.

Persoalannya :


1. PAS sebagai parti politik harus membantu masyarakat,dan bukan meminta bantuan dari masyarakat?

2. Kenapa perlu membayar yuran kepada penceramah,yang datang sebagai wakil dari parti?





3. Kemana perginya baki wang kutipan tersebut?


4. Adakah pihak pengurus kutipan menunjukan penyata kewangan kutipan dan perbelanjaan?




5.Jika masyarakat memberikan wang hasil bantuan BR1M,adakah wang tersebut dianggap haram?
Teruskan Perjuangan...

Sertai PPP Guru Agama Dipecat


Guru Agama Dipecat Kerana Menyertai PPP

Seorang guru halaqah Siti Rokiah Mohd Zain, 53 dipecat oleh Kerajaan Kelantan setelah guru berkenaan serta suaminya mengumumkan menyertai PPP di Pasir Puteh tiga hai lalu. 

Kejadian ini dilaporkan terjadi setelah 80 bekas ahli PAS Kampung Wakaf, Pasir Puteh mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai PPP dalam satu majlis kerana kecewa dengan PAS yang tidak lagi meletakkan Islam pada tempat yang sebenar. Borang penyerahan menyertai PPP itu diserahkan kepada Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang hadir menerima keanggotaan ahli baru parti tersebut.

Sebaik selesai majlis penyerahan borang keanggotaan itu, Siti Rokiah dimaklumkan oleh seorang pemimpin PAS yang beliau dipecat menjadi guru halaqah dan tidak lagi mendapat elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan, isu tersebut dilaporkan oleh Berita Harian melalui media online mereka. Baca

Bagi pembaca artikel,inikah Kerajaan Kebajikan yang dijanjikan oleh PAS?

Jika seorang Islam sanggup dizalimi oleh Kerajaan PAS, cuba fikirkan apa yang akan dilakukan oleh mereka kepada masyarakat dari agama lain.

Demi politik PAS, seorang guru agama,dipecat oleh Kerajaan PAS Kelantan. Pernah kejadian seperti ini dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,walaupun guru tersebut menyokong parti pembangkang.

Undi  kepada DAP / PKR adalah undi kepada PAS. Tendang keluar Pembangkang...

Teruskan Perjuanngan...

Sunday, 19 February 2012

Klinik 1Malaysia Berjaya

Klinik 1Malaysia Transformasi Berjaya
 
pg_28Bertepatan dengan gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’,  82 buah klinik 1Malaysia telah dibina  dan telah pun beroperasi secara penuh diseluruh negara bagi membantu masyarakat mendapatkan bantuan perkhidmatan kesihatan murah dan berkualiti dikawasan berdekatan dengan mereka.

Klinik 1Malaysia yang pertama telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010 dan menurut laporan Berita Harian sehingga 31 Oktober lalu, 2,970,988 juta orang telah menggunakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia.

Usaha ini merupakan salah satu bukti kerajaan prihatin dengan masyarakat khususnya golongan pendapatan rendah dan miskin bandar .

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, Perkhidmatan penjagaan kesihatan itu akan ditingkatkan apabila kerajaan merancang menambah klinik kepada lebih 150 menjelang akhir tahun depan, termasuk 50 klinik baru yang akan dibina menerusi peruntukan Bajet 2012 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Baca

SKOP PERKHIDMATAN

* Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.
* Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetes, Darah Tinggi dan Asma.
* Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan
* Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti Demam Denggi.
* Khidmat Nasihat/Pendidikan kesihatan.

MASA OPERASI
  • Tujuh hari seminggu
  • 10.00 pagi hingga 10.00 malam (termasuk cuti sekolah atau perayaan)
BAYARAN
  • Warganegara -RM1
  • Bukan Warganegara - RM15

@princeofpilah memuatkan membaca artikel dari bloggers yang pernah menggunakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia,mereka sangat berpuashati dengan layanan yang perkhidmatan yang diberikan di pasat kesihatan tersebut,membuktikan kejayaan Klinik 1Malaysia.

Inilah tulisan mereka :

"I know now I sound like someone from a third world country (in fact, I am) who never enjoyed proper health services from my government before. But seriously, I am quite impressed with the health (clinic) facilities in Malaysia. In Malaysia, I usually have to pay about RM 20 - RM 30 in private clinics for doctor's consultation fee and medicines and this price is still cheaper by half from the medical fee charged by private doctors in Indonesia. Better still, this Klinik 1Malaysia's RM 1 fee is really awesomely bizarre to me! I think this is the cheapest medical expense that my husband ever paid in my whole life"
-  Christine Baca

"Aku cukup tak sangka klinik ini dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam. Masa aku nak pergi tue dah pukul 9 malam dah. Memang waktu operasi adalah betul-betul fleksibel. Dan buat pengetahuan korang, klinik dibuka setiap hari termasuk cuti umum. Boleh kata macam KFC ar. Tiap-tiap hari buka. Hehe...
Klinik 1 Malaysia yang aku pergi nie memberi layanan yang baik kepada aku. Dari meja pendaftaran hingga ke bilik pendaftaran. Sehingga MA(Medical Assistant) boleh melawak bersama-sama aku"
- Sazuwi Baca


Lebih ramai lagi yang mempunyai pendapat yang sama tentang kejayaan tranformasi kesihatan melalui Klinik 1Malaysia.,termasuk pembangkang yang tidak banyak memberi komen tentang Klinik 1Malaysia, mungkin saja mereka yang banyak bermanfaat melalui program tranformasi ini.


Foto diatas menunjukkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Klinik 1Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada DSU PM @NajibRazak. Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Alamat Klinik 1Malaysia Baca

Teruskan Perjuangan...

MIC Harus Debat


MIC Harus Debat

Arena politik minggu lalu yang memperlihatkan debat diantara Pengerusi MCA DS Dr.Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP YB Lim Eng Guan,menandakan permulaan persaingan intelektual di bidang politik Malaysia. Keberanian mempertahankan perjuangan parti dengan dan ketangkasan menepis hujah hujan lawan,serta menjawab secara bernas terhadap soalan soalan dari masyarakat bukan merupakan perkara yang boleh dilakukan oleh semua orang. Ianya memerlukan tahap penghayatan yang dalam mengenai perjuangan parti,dalam hal ini bukan sahaja parti politik itu sendiri,malah pemahaman tentang konsep perjuangan parti koalisi mereka.




Tahniah diucapkan kepada DS Dr.Chua Soi Lek dan YB Lim Eng Guan, sungguhpun DS Dr.Chua Soi Lek kelihatan lebih tenang dan matang dalam menjawab persoalan,namun ianya bukan merupakan suatu pentas bagi menentukan pemenang melainkan arena bagi memperjelaskan kedudukan parti berhubung kepentingan kaum Cina di Malaysia.

@princeofpilah juga berpendapat MIC,selaku wakil masyarakat India Malaysia di kerajaan harus mengadakan debat dengan parti pembangkang bagi menjelaskan kedudukan parti berhubung kepentingan serta perjuangannya untuk kaum India di Malaysia.

Sekurang kurangnya bukan @princeofpilah sahaja yang berpendapat seperti itu,beberapa blogger barisan depan MIC/Barisan Nasional turut menyokong diadakan debat diantara MIC dan parti pembangkang.







@princeofpilah berpendapat , YB @SKDevamany YB @PKamalanathan ataupun @SMurugessan merupakan calon yang tepat bagi berdebat dengan pembangkang,tidak perlu Presiden DS @GPalanivel ataupun Timbalan Presiden @kvvsubra untuk berhadapan dengan mereka, alasannya?

Mana ada parti pembangkang yang Presiden atau Timbalan Presiden dari kaum India yang boleh berdebat dalam Bahasa Tamil,jika ada boleh ajak DS @GPalanivel ataupun DS @kvvsubra untuk berdebat.

Siapa? Dan pastinya @princeofpilah tidak menyarankan  orang sombong ini untuk berdebat ... baca 

Lebih baik jika kedua bloggers diatas dihantar mewakili MIC untuk berdebat daripada orang sombong tersebut.

Kegagalan berdebat,akan dijadikan suatu isu oleh pembangkang untuk dijadikan agenda politik mereka,berharap agar Majlis Tertinggi MIC akan mempertimbangkan untuk mengadakan debat diantara MIC dan pembangkang.

Teruskan Perjuangan...

Thursday, 16 February 2012

Pakcik BERSIH Sokong BR1M

Pakcik BERSIH Sokong BR1M

Pakcik BERSIH hadir menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia Di Parlimen Gombak baru baru ini. Ramai lagi penyokong pembangkang diseluruh Negara telah pun hadir bagi menerima bantuan tersebut,membuktikan isu wang rasuah atau wang haram seperti yang difitnah oleh PAS,serta hasutan supaya tidak menerima bantuan tersebut tidak dipedulikan oleh rakyat. Masyarakat teleh sedar keikhlasan kerajaan Barisan Nasional membantu rakyat dan tidak seperti pembangkang yang hanya menaburkan janji janji tanpa pelaksanaannya.

Ini juga menunjukkan kerajaan BN tidak pilih kasih dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat.

Teruskan Perjuangan...

Superimpose Najib PKR Gagal

Superimpose Najib PKR Gagal

Tidak puas hati dengan penyebaran foto Anwar di pesta Ponggal, penyokong  Anwar di Tweeter Kamal 'HappyDick' Zakariah @KamalZakariah mulai menyebarkan foto superimpose PM Najib Razak bagi menjatuhkan nama PM Najib Razak dikalangan kaum Melayu.

Ini merupakan foto superimpose yang disebarkan oleh @KamalZakariah, penyokong PR melalui Tweeter. Lihatlah tahap kebodohan mereka, Panglima Tentera yang berdiri dibelakang PM Najib Razak menggunakan logo negara Sri Lanka !!!

Lagipula beliau biasanya dikelilingi oleh rakyat,dan bukannya penglima tentera.Malaysia negara aman,tidak perlu panglima tentera menemani beliau kesemua tempat.
Namum fitnah tersebut berjaya dibongkar oleh Blogger Panglima Perang Cyber . Tahniah diucapkan kepada beliau. 

Barangkali terlalu kelam kabut mahu menutup kebodohan mereka mempermainkan isu sentimen perkauman melalui lawatan PM Najib Razak ke Thaipusam, Tuan Haji Anwar Ibrahim dan penyokong PKR hanya mampu melakukan superimpose gambar Najib.


Foto PM Najib Razak mudah dicari di laman web. Klik sahaja google image, dan type Najib Razak, gambar ini akan diperlihatkan bersama beberapa foto yang lain.






Atau mungkin juga boleh melayari laman web ini, bagi melihat bagaimana penyokong PKR begitu terdesak menggunakan gambar PM Najib Razak sebagai superimpose untuk merosakkan nama baik PM Najib Razak di media sosial.


Akhirnya inilah foto superimpose PM Najib Razak dihasilkan oleh penyokong PKR.

Inilah foto sebenarnya. Klik









Akhirnya foto superimpose PKR gagal,mahukan kita menyokong PKR dengan tahap kebodohan dan penipuan sebegini. Tendang Keluar Pakatan Rakyat...

Teruskan Perjuangan...

Wednesday, 15 February 2012

Bukti DAP Memperhambakan India

Bukti DAP Memperhambakan India

Pembangkang cuba untuk mempermainkan isu sentiment perkauman melalui media Facebook hari ini melalui salah sebuah akaun penyokong mereka,dan selang beberapa minit  ianya telah pun mendapat komen yang begitu banyak dari penyokong parti pembangkang.
Foto dengan tulisan “Apakah Kaum Tamil Pengemis’disebelah digunakan oleh pembangkang untuk memainkan sentiment perkauman bagi membenci Barisan Nasional.
Namun jika dilihat bingkai foto yang dipegang  PM Najib Razak menunjukkan lukisan seorang wanita tua yang bongkok menerima bantuan dari Perdana Menteri.
Ianya bukan merupakan foto yang benar,melainkan ilustrasi pelukis tentang seorang wanita tua yang mengalami osteoporosis dan degerative spondylosis yang  berdiri berdekatan dengan Perdana Menteri Najib Razak bagi menerima  bantuan,@princeofpilah tidak melihat apa apa kesalahan dalah ilustrasi tersebut.
Ramai wanita yang berusia tua mengalami bongkok disebabkan penuaan pada tulang belakang,dan beginilah cara mereka berdiri menerima  bantuan. Ini bukan menandakan mereka tunduk bersujud kepada Perdana Menteri Najib Razak
 
Cuba bandingkan dengan foto disebelah bagaimana seorang wanita India bersujud di kaki Lim Guan Eng yang hanya memperhatikan wanita tersebut tanpa membantu wanita tersebut untuk bangun.
Inilah bukti sebenar bahawa DAP menjadikan kaum India sebagai hamba,dan bukannya kerajaan Barisan Nasional.
Setelah saya mengirim foto ini kepada akaun tersebut,dengan segera foto Perdana Menteri Najib Razak dihapus,bagi mengelakkan persoalan dari penyokong pembangkang sendiri.

Teruskan Perjuangan...

Sunday, 12 February 2012

Prof.Ramasamy Keluar DAP

Prof.Ramasamy Keluar DAP

Prof.Ramasamy Timbalan Ketua Menteri II akan dihadapkan ke biro disiplin minggu ini oleh DAP kerana 'melanggar' syarat Parti DAP dengan melawan Karpal Singh. Dikabarkan beliau akan dipecat dari jawatan Timbalan Ketua Menteri dan diganti dengan 'budak suruhan' DAP RSN Rayer,dan dikatakan juga bahawa nama beliau akan dikeluarkan dari calon DAP Pulau Pinang




Sehubungan dengan itu @princeofpilah mendapat sebuah info terkini mengenai sebuah mesyuarat tertutup oleh Prof.Ramasamy dan pemimpin pemimpin Tamil DAP dan menurut sumber rahsia, kemungkinan pemimpin pemimpin Tamil DAP akan keluar dari DAP sebagai tanda protest terhadap ketidak-adilan DAP kepada Prof.Ramasamy. Lihat foto diatas.
Tindakan DAP ini dilihat sebagai usaha untuk mematikan peluang Komuniti Tamil untuk maju keatas dalam hieraki pimpinan DAP,dimana telah lama dipegang oleh komuniti Singh.

Komuniti Tamil merupakan etnik India paling ramai di Malaysia,dan jelas dilihat ditindas oleh kaum Cina dan Singh di DAP.

Menurut sumber lagi,penyokong penyokong DAP Tamil juga dikatakan akan turut keluar parti DAP dalam waktu terdekat.

Teruskan Perjuangan...

Thursday, 9 February 2012

PKR Gagal Menipu Lagi

PKR Gagal Menipu Lagi

Ini merupakan banner PKR Kuala Pilah sempena sambutan Thaipusam 2012 baru baru ini. Kenapa setelah 4 tahun selepas PRU 12 baru berfikir untuk menggatungkan banner untuk ucapan sambutan keagamaan kaum Hindu Thaipusam? Kemana hilangnya PKR selama ini di Kuala Pilah?

Inilah sifat PKR, hanya tumbuh waktu PRU dan selepas itu menghilang diri tanpa boleh dikesan,sehingga pejabat parti pun ditutup.


Boleh kah kita mempercayai PKR ini? Jawabannya, fikirlah sendiri...kemana kita akan membawa permasalahan masyarakat tempatan jika PKR menang,dan hilang waktu diperlukan?

Kaum India sudah menyedari penipuan PKR dan rakan sekutu mereka dari Pakatan Rakyat,lihat lah apa yang terjadi di Kedah baru baru ini apabila Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Februari ini sempena perayaan Thaipusam. Baca

Sokongan Kaum India Kuala Pilah pasti untuk Barisan Nasional.


Penipuan menggunakan banner,ceramah fitnah dan janji janji palsu tidak mungkin mendapat perhatian dari kaum India yang telah pun sedar akan komitmen ikhlas kerajaan Barisan Nasional dalam membantu mereka.
Teruskan Perjuangan...

Wednesday, 8 February 2012

PKR Tiada Sokongan Di K.Pilah

PKR Tiada Sokongan Di K.Pilah
Parti Keadilan Rakyat Kuala Pilah terpaksa meminta sukarelawan bagi menghidupkan jentera pilihanraya mereka yang telah pun lama tidur bagi menghadapi  PRU13. Lihat
Jika sesebuah parti diterima oleh masyarakat tempatan serta mempunyai penyokong yang ramai,buat apa mencari sukarelawan?
Pakatan Rakyat yang kalah kepada calon Barisan Nasional di Parlimen Kuala Pilah dan dikawasan DUN Pilah serta DUN Juasseh seolah oleh hilang pedoman sehingga memasang kain rentang meminta sukarelawan di Pekan Senaling yang terletak di DUN Senaling, yang merupakan kawasan tradisi bagi PAS untuk kalah bertanding.

Mungkin juga PAS dan PKR bercadang untuk menukar kerusi DUN untuk bertanding dikawasan yang baru selepas berkali kali ditolak masyarakat di kawasan sebelumnya.
Panggilan sukarelawan oleh PKR Kuala Pilah jelas menunjukkan bahwa PKR tidak mendapat sokongan dari masyarakat Kuala Pilah sehingga memerlukan bantuan sukarelawan bagi menghadapi PRU13.
Persoalannya adalah,kemana perginya ahli ahli PKR? Kenapa mereka tidak membantu menjalankan kempen pilihanraya bagi PKR?
Bagi menjawab persoalan ini @princepfpilah bertemu dengan salah seorang bekas ahli PKR bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang perkembangan PKR Kuala Pilah.Menurut beliau , Kuala Pilah dianggap sebagai kawasan ‘non-winnable’ bagi PKR sehingga tidak mendapat sokongan yang baik dari pihak atasan PKR. Menurut beliau lagi, di Kuala Pilah PKR hanya mewakili kaum Melayu sahaja,kaum Cina dan India hanya menjadi sekadar menjadi ahli biasa dan bagi memenuhi kerusi pada waktu mesyuarat. Mereka juga tidak diberi apa apa kepentingan dalam parti serta PKR Kuala Pilah tidak memperjuangkan kepentingan kaum Cina dan India sehingga ramai yang keluar parti selepas PRU12 akibat kecewa dengan janji janji yang tidak dilaksanakan.

Kini ramai kaum Melayu turut meninggalkan PKR Kuala Pilah setelah menyedari keikhlasan serta komitmen berterusan dari Barisan Nasional dalam membantu masyarakat Kuala Pilah dari semua aspek.
Penipuan dan fitnah PKR gagal mempengaruhi masyarakat Kuala Pilah dan sebagai bukti mereka ketiadaan ahli bagi menghadapi PRU13.
Jika sesebuah parti mempunyai jumlah ahli yang ramai,buat apa mencari sukarelawan? Jangan mudah tertipu oleh fitnah dan penipuan pembangkang ,mari kita sama sama menjaga keamanan dan keharmonian negara kita. Tolak pembangkang...
Teruskan Perjuangan...

ADUN PR Pemalas

ADUN PR Pemalas



Hannah Yeoh ADUN pakatan Rakyat DUN Subang Jaya mengaku beliau tidak mengetahui Program SARA 1Malaysia yang dilancarkan oleh PM @NajibRazak untuk masyarakat yang kurang mampu. Kenyataan beliau juga menunjukkan beliau tidak pernah mengambil tahu tentang perkembangan dan program kerajaan serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk masyarakat.

Informasi mengenai Program SARA 1Malaysia mudah didapatkan melalui internet. Jika orang kampung di Kuala Pilah saja boleh mengetahui syarat syarat serta cara permohonan,kenapa tidak ADUN Subang Jaya tidak mengetahuinya?

Ada beberapa kemungkinan Hannah Yeoh tidak mengetahui tentang Program SARA 1Malaysia.
1. Beliau adalah pemalas seperti wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lain
2. Tidak mengetahui cara menggunakan internet
3. Cuba memperbodohkan masyarakat tanpa memberi bantuan kerajaan supaya mudah memfitnah kerajaan
4. Sibuk membuat fitnah sehingga tiada masa untuk mengetahui perkembangan disekitar
5. Lupa bahawa beliau adalah ADUN kawasan tersebut

Jika beliau tidak mahu membantu masyarakat dengan menggunakan duit kerajaan,kenapa tidak membantu menggunakan duit Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dikatakan mempunyai simpanan tunai yang tinggi dibanding dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional?

Teruskan Perjuangan...

Tuesday, 7 February 2012

DAP Hina Penganut Hindu

DAP Hina Penganut Hindu
Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa DAP tidak pernah menghormati agama dan kepercayaan kaum lain,namun apa yang dilakukan oleh sekelompok penyokong DAP di Pulau Pinang sempena sambutan Thaipusam menunjukkan mereka benar benar bodoh sehingga sanggup menghina agama sendiri untuk menunjukkan sokongan kepada tuan mereka Lim Eng Guan dan DAP.

Foto disebelah menunjukkan sekelompok penyokong membawa kavadi yang bergambar roket logo DAP. Kavadi yang dibawa seharusnya merupakan tanda penghormatan kepada Tuhan Yang Maha Esa,dan corak hiasannya dibuat berdasarkan tujuan tersebut,bukannya untuk kepentingan politik seseorang. DAP jelas menggunakan kesempatan tersebut bagi menghina penganut Hindu.

Kami berharap pihak kuil dapat mengambil tindakan yang berat terhadap tindakan tersebut.

Inilah sebenarnya DAP,mereka sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan perhatian melalui publisiti murahan sebagai usaha merebut kuasa dari Barisan Nasional.Jika ini boleh terjadi kepada kaum India,ia mungkin saja boleh terjadi kepada kaum Melayu.Tolak DAP dan Pakatan Rakyat.

Teruskan Perjuangan...

PAS Yang Perlu Dikenali

PAS Yang Perlu Dikenali


1. PADA MULANYA… Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.
2. PADA MULANYA… Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.

3. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4. PADA MULANYA… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”

KEMUDIANNYA… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

5. PADA MULANYA… PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA… Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir. Ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

6. PADA MULANYA… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7. PADA MULANYA… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8. PADA MULANYA… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA… PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9. PADA MULANYA… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

10. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA… PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)


11. PADA MULANYA… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12. PADA MULANYA… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13. PADA MULANYA… Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..PAS perintah Kelantan dah 21 tahun, sekarang Kedah, Perak dan Selango dan 3 tahunr, mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara

KEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar Abdul Aziz.
17. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19. PADA MULANYA…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

20. PADA MULANYA…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

21. PADA MULANYA…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

Sumber : http://panggungopera.blogspot.com/


Anwar Penghibur Video Update

Anwar Penghibur Video Update


Artikel Anwar Penghibur Kaum India membuatkan ramai yang bertanya kepada @princeofpilah mengenai foto dan artikel tersebut,ada juga yang mengatakan foto tersebut bukan Anwar Ibrahim,melainkan foto yang telah diedit bagi memburuk burukkan ketua pembangkang tersebut. Sebuah video telah diupload bagi menjawab persoalan tersebut serta mengukuhkan bukti bahawa Anwar adalah seorang penghibur bagi kaum India.

Teruskan Perjuangan...