Siva Tronoh Digigit Anjing
@PrinceOfPilah tertarik dengan update Twitter dari @sivatronoh semalam, yang mengatakan beliau digigit anjing sewaktu mengedarkan risalah ceramah di Siputeh. Hairan juga kenapa ada ADUN yang mengupdate hal hal seperti itu sehingga menjadikan beliau sebagai bahan sindirian semalam, sehingga ada teman twitter yang mengatakan cuba meliwat anjing ,ada yang mengatakan bahawa beliau yang menggigit telinga anjing dan bukannya anjing yang mengiggit beliau,dan akhirnya beliau digelar Penyeksa anjing sakit Sawan Gila Anjing.

Namun apapun tujuan beliau update isu tersebut di Twitter, adalah untuk tujuan promosi diri beliau yang secara tidak langusung mengatakan beliau sanggup turun padang walaupun berhadapan dengan anjing untuk membantu kemengngan Pakatan Rakyat. Ianya jelas dapat dilihat pada update seterusnya yang beliau menjadi artik politik. Gila Promosi sebab orang dah tak layan lagi ADUN yang gagal menjalankan tugas,sehingga mereka harus mencari cara lain untuk mempromosikan diri mereka.
Isu ini bukan saja terjadi di pakatan rakyat, namun juga di MIC N.Sembilan, ADUN gagal dan
bodoh kurang bijak seperti Brader Mogan yang hanya tahu membuat laporan polis, turut cuba mencari promosi setelah turut di
reject oleh masyarakat Jeram Padang dan MIC, mengatakan tangannya luka ketika membantu masyarakat. Ini sakit Sawan Gila Kerusi

Brader Mogan dibuang dari jawatan Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan oleh Dato'G.Palanivel hanya setelah 6 bulan kerana gagal mentadbir MIC N.Sembilan serta memecah belahkan MIc N.Sembilan sombong dan sifat tidak menghormati ahli parti yang senior serta menggunakan sistem kasta.
Pelantikan ke jawatan Pegawai Informasi MIC kebangsaan bukan merupakan promosi,namun sebagai temporary decision kerana semua jawatan lain di badan Perhubungan MIC N.Sembilan telah pun diisi oleh orang lain. Tidak mungkin Brader Mogan yang menjadi EXCO Kerajaan Negeri Sembilan mahu menjadi AJK saja di MIC N.Sembilan,setelah dibuang dari jawatan Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan.
Lihat foto diatas, ziarah mesra tidak perlu promosi.
Kenapa Pakcik dan Makcik tua dipaksa memegang banner foto Brader Mogan?
Sekarang apa bezanya @sivatronoh yang mengigit anjing digigit anjing dengan Brader Mogan. tahap kematangan politik yang sama, seorang mendapat sokongan dari Nga Cousins dan seorang lagi menjadi ADUN kerana kerana berjiran Menteri Besar.
Jika menjadi jiran merupakan satu kriteria, @PrinceOfPilah yang berjiran dengan Dato' Hj Hasan Bin Malek merupakan calon Timbalan Menteri.

Berkhidmat secara ikhlas kepada masyarakat,tidak perlu promosi dan tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk kepantingan sendiri. Laporan polis , ugutan menggunakan gangster , memecat tanpa penjelasan yang sah bukan merupa ciri ciri pemimpin yang bijak. apa bezanya pembangkang dengan Barisan Nasional jika tahap kematangan politik dibatas yang sama dengan pembangkang, tanpa inovasi yang sejajar kemajuan negara. Malaysia memerlukan pemimpin yang mempunyai daya saing tinggi dan sanggup menghadapi persaingan peringkat global , jika tahap kematangan pemimpin MIC hanya sebatas pemimpin pembangkang, bukan saja akan menyebabkan hambatan kepada Barisan nasional, namun akan turut menghambat agenda Transformasi 1Malaysia.
Jika PM @NajibRazak membaca artikel ini,pemimpin yang mempunyai tahap kematangan politik yang rendah seperti Brader Mogan harus direhatkan supaya tidak menghambat agenda Transformasi 1Malaysia.
Teruskan Perjuangan...