Anwar Tawan Jeram Padang
Satu lagi kegagalan Brader Mogan,akhirnya PKR berhasil membuka bilik gerakan di DUN Jeram Padang dan tepatnya,di Taman Desa Puteri yang merupakan pusat aktiviti DUN Jeram Padang.
@PrinceOfPilah telah berkali menulis artikel tentang kegagalan Brader Mogan, namun sepertinya hanya menjadi bahan bacaan kepada 'pemimpin buta', namun inilah hasilnya dan kemungkinan DUN Jeram Padang akan menjadi milik PKR selepas PRU13 disebabkan kegagalan Brader Mogan.
Lihat Foto Dibawah :
HEBAT sekali sambutan rakyat di Bahau, Negeri Sembilan sewaktu kunjungan DS
Anwar ke Taman Desa Puteri, Bahau malam tadi sempena perasmian Bilik Gerakan
KEADILAN DUN Jeram Padang. DUN Jeram Padang kini
diwakili oleh Wakil Rakyat dari MIC, maka tidak hairanlah malam tadi kehadiran
kaum India di luar jangkaan samasekali.
Boleh saya katakan, majoriti yang hadir malam tadi adalah dari kaum India,
keduanya Melayu. Kaum Cina juga turut hadir kerana Wakil Rakyat Bahau adalah
dari DAP. Kehadiran DS Anwar membuatkan UMNO di Taman Bahau terpaksa mengadakan
Tahlil dan jamuan pada malam tadi. Mungkin juga seperti kata seorang rakan saya UMNO Taman Bahau malam tadi mengadakan `Talkin' untuk UMNO
DS Anwar mula berucap lebih kurang jam 09.00
malam dan berhenti sejam kemudiannya kerana beliau akan ke program ceramah di
Sikamat, Seremban pula. Meskipun publisiti kunjungan DS Anwar ke Taman Desa
Puteri ini agak kurang, namun kehadiran yang dianggarkan tidak kurang dari dua
ribu orang sudah cukup untuk membuktikan DUN Jeram Padang bakal menjadi milik
PR.
Rata-rata yang hadir ternyata berpuas hati
dengan penerangan yang diberikan oleh Ketua Umum KEADILAN itu. Isu-isu yang
disentuh di antaranya adalah isu PTPTPN, isu fitnah ke atas beliau dan pimpinan
PR, isu rasuah dan berbagai lagi isu semasa.
Saya dapat memerhatikan beberapa wajah
penyokong kuat UMNO kawasan tersebut turut hadir. Saya tabik UMNO kawasan
tersebut kerana mengamalkan demokrasi bersih tanpa provokasi atau gangguan
sepertimana di beberapa tempat lain.
DUN Jeram Padang bakal memberikan satu lagi
kerusi buat PR di dalam PRU akan datang bagi membantu PR merampas Negeri
Sembilan dari tangan UMNO / BN
Perbincangan :
Taman Desa Puteri merupakan salah satu kubu kuat PUTERA MIC N.Sembilan, yang memiliki keahlian melebihi 100 orang pemuda, dan kawasan sekitarnya iaitu Taman Jaya dan Taman Bahau juga memiliki ahli PUTERA MIC yang melebihi jumlah 200 orang, namun sabotaj yang dilakukan oleh Brader Mogan membuatkan sokongan pemuda dikawasan tersebut pecah dan kini telah pun menjadi penyokong Pakatan Rakyat.
Taman Bahau merupakan pusat aktiviti PUTERA MIC Jempol dan Tn Hj Ja'afar Ketua Taman Bahau merupakan 'ayah angkat' PUTERA MIC di Jempol. Bagi yang tidak mempercayai kata kata saya dan untuk mengetahui sabotaj yang dilakukan oleh Brader Mogan , mohon hubungi beliau untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Jika @NajibRazak membaca atikel , DUN Jeram Padang merupakan salah satu titik kelemahan Barisan Nasional di Negeri Sembilan disebabkan wakil rakyat yang bodoh kurang bijak. pergantian calon yang lebih berwibawa akan membawa kemenangan kepada DUN tersebut serta Barisan Nasional Negeri Sembilan.
Teruskan Perjuangan...