N.Sembilan Headache For Palanivel
@PrinceOfPilah tertarik dengan sebuah atrikel di Free Malaysia Today
Negeri Sembilan A Headache For Najib mengenai agenda penukaran Menteri Besar di Negeri Sembilan dengan
political warlords lain di Negeri Sembilan, bukan memikirkan siapa bakal Menteri Besar ataupun dimana akan DS Mohamad Hasan ( Tok Mat ) akan bertanding di PRU13, namun keadaan @NajibRazak hampir sama dengan keadaan @GPalanivel yaitu dalam menentukan calon MIC yang bakal menjadi Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan kelak setelah PRU13 ( jika memenangi kerusi DUN)

Tok Mat merupakan seorang Menteri Besar yang mempunyai visi pembangunan yang sangat baik ,dalam tempoh 2 penggal memegang jawatan Menteri Besar pelbagai pembangunan telah dibawa ke Negeri Sembilan, antaranya dengan membawa masuk pelbagai institusi pendidikan tinggi, sistem infrastruktur jalan yang baik dan lancar, perancangan bandar yang lebih terancang untuk masa depan, program program kebajikan masyarakat serta program program pendekatan belia. @PrinceOfPilah sangat kagum dengan pencapaian beliau dalam masa yang singkat.
Namun pendekatan Tok Mat dengan ADUN Lembu Brader Mogan, yang menurut masyarakat India di Negeri Sembilan menjadi ADUN melalui politik bodek membuatkan @PrinceOfPilah tidak banyak berinteraksi dengan Tok Mat. @PrinceOfPilah berpendapat Tok Mat merupakan satu satunya penyebab ADUN Lembu Brader Mogan masih bergayut di bidang politik.
Perpecahan dan perebutan kuasa di MIC N.Sembilan bukan merupakan sesuatu yang baru,dan kemuncaknya adalah pada PRU12 dengan kekalahan Dato'T.Rajagopalu akibat sabotaj dari ahli ahli parti terutamanya pemuda MIC.
Jika diteliti sejarah perselisihan tersebut,maka kita harus kembali ke PRU 2004.
Dato'T.Rajagopalu bertanding di kerusi DUN Port Dickson dan Dato' Dr.L.Krishnan diturun pangkat dari Ahli Parlimen Teluk Kemang untuk bertanding di kerusi DUN Jeram Padang kerana kegagalan menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen.
Secara logik,jika seseorang Ahli Parlimen telah menjalankan tugas secara baik,beliau akan dicalonkan semula memegang jawatan tersebut ataupun bertanding dikawasan yang sama di tahap ADUN,namun Dato' Dr.L.Krishnan dilemparkan ke DUN Jeram Padang kerana kegagalan di Teluk Kemang kerana kemungkinan besar masyarakat disana tidak akan menyokong beliau.
Kembali kepada isu perpecahan MIC N.Sembilan , Dato' T.Rajagopalu yang hanya mendapat majoriti 1,893 dijadikan Ahli EXCO Kerajaan Negeri sementara Dato' Dr.L.Krishnan bekas Ahli Parlimen Teluk Kemang yang mendapat majoriti 4,084, tertinggi dalam sejarah PRU DUN Jeram Padang hanya menjadi ADUN biasa,sehingga timbul perselisihan faham diantara mereka berdua,dan ianya masih berlanjut sehingga kini,sehingga MIC N.Sembilan pecah menjadi beberapa fraksi.
Pada PRU11 2008, kerusi DUN Jeram Padang yang dijanjikan kepada En.Ganesan,Ketua Bahagian MIC Seremban diberikan kepada Brader Mogan diatas campurtangan MB N.Sembilan ( menurut sumber ) sehingga wujud perpecahan diperingkat micro diantara Brader Mogan dan En.Ganesan.
Ini membuatkan Brader Mogan yang pada suatu waktu dulu merupakan
penyokong setia Dato' T.Rajagopalu , melompat ke kem Dato' Dr.L.Krishnan
bagi mendapatkan sokongan MIC Bahagian
Jempol termasuk menggunakan 'Common Enemy Theory'.
Baca
Baru baru ini timbul pula perselisihan faham antara Dato'T.Rajagopalu dan En.Ganesan,sehingga melebarkan lagi jurang perpecahan MIC N.Sembilan,sehingga beliau tidak hadir di kebanyakan program anjuran MIC N.Sembilan.
Sementara itu di Jeram Padang, Ketua Bahagian MIC Rajan,Ketua Pemuda MIC M.Palani dan beberapa ketua NGO secara senyap senyap telah memulakan gerak 'peralihan' kerusi DUN Jeram Padang dengan menggunakan agenda ' calon tempatan'. Apakah mungkin tidak akan ada sabotaj untuk menjatuhkan Brader Mogan seperti yang terjadi kepada Dato'T.Rajagopalu?
Kerusi DUN Port Dickson kini menjadi rebutan antara En.Ganesan Ketua Bahagian MIC Seremban , Dr.Thanaletchumy Ketua Wanita MIC N.Sembilan, Dato'Velu Ketua MIC Bahagian Teluk Kemang , Dato' Balakrishnan Bendahari MIC N.Sembilan, Murali Bekas Pemuda MIC N.Sembilan dan beberapa pemimpin tempatan di Teluk Kemang.
Keluarnya beberapa pemimpin veteran MIC termasuk Dato' Muthupalaniappan dan Dato' Sellakrishnan untuk menyertai PKR,akan melemahkan lagi MIC N.Sembilan bagi menghadapi PRU13. Kedua bekas pemimpin MIC tersebut mempunyai pengaruh yang kuat di Negeri Sembilan.
Baca
Menurut sumber Dato' Muthupalaniappan bergiat aktif mendapatkan sokongan pengundi India untuk Pakatan Rakyat dikawasan Teluk Kemang, dan Dato'Sellakrishnan pula di kawasan DUN Rantau.
Ini belum lagi dengan hilangnya sokongan golongan pemuda India kepada MIC N.Sembilan.
Baca
MIC N.Sembilan kini pecah kepada beberapa fraksi, Fraksi Dato' T.Rajagopalu, Fraksi Brader Mogan, Fraksi S.Sothinathan ( dan Dato' Velu ) dan Fraksi Bebas,dan kebanyakan pengundi India di Negeri Sembilan sudah bosan dengan permainan politik golongan ini.
Kemungkinan besar MIC akan kehilangan kesemua kerusi di Negeri Sembilan akibat perpecahan internal MIC N.Sembilan. Kemenangan MIC di Negeri Sembilan bergantung kepada undi UMNO.
Kini timbul pula isu penukaran kerusi diantara MIC dan UMNO, dimana UMNO akan mengambil alih kerusi parlimen Teluk kemang dan diganti dengan kerusi DUN di Rantau. jalan kearah pertukaran tersebut telah pun dimulai oleh MB N.Sembilan dengan mengatakan beliau akan bertanding di kerusi DUN Paroi,sebagai langkah bagi memberi peluang kepada MIC untuk bertanding dikerusi tersebut, dan kemungkinan besar ADUN Lembu Brader Mogan akan bertanding dikerusi tersebut sehingga kerusi DUN Jeram Padang menjadi kerusi 'sabotaj' antara pemimpin tempatan sama seperti kerusi DUN Port Dickson. MIC juga belum pasti memperoleh kemenangan di DUN Rantau.
@NajibRazak jika membaca artikel ini harus membawa masuk calon yang baru yang bukan dari mana mana fraksi bagi mengelakkan sabotaj, @PrinceOfPilah telah pun mendapat informasi dari sumber yang terpercaya mengenai kemungkinan adanya sabotaj dari pemimpin tempatan jika mereka tidak diberi peluang untuk bertanding dikawasan DUN mereka.
Sementara itu , pemimpin dari kawasan lain mengatakan mereka akan berhenti mencari sokongan diperingkat akar umbi kerana kemungkinan besar mereka tidak akan dicalonkan,dan mereka hanya membuang masa dengan menjadi pemimpin dikawasan yang tidak mempunyai kerusi DUN MIC.
Teruskan Perjuangan...