Tuesday, 30 October 2012

PAS Batalkan HUDUD

PAS Batalkan HUDUD
 
Inilah penyebab kenapa PAS gagal melaksanakan Hukum HUDUD di negeri negeri milik Pakatan Rakyat, termasuk di Negeri Kelantan yang menjadi milik PAS selama 20 tahun.
 

 
Apakah Ibu Pejabat Pakatan Rakyat juga harus dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh?

Teruskan Perjuangan...



T.Rajagopalu Dibongkar 3

T.Rajagopalu Dibongkar 3
 
Kami masih belum selesai membongkar Dato'T.Rajagopalu,sekali lagi bukan untuk menjatuhkan beliau namun sebagai usaha membantu kemenangan Barisan Nasional dengan mengetahui kemampuan sebenar pemimpin MIC N.Sembilan.
 
Menurut sumber , selepas Dato'T.Rajagopalu dilantik kembali menjadi Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan menggantikan ADUNLembu Brader Mogan yang gagal dalam mentadbir MIC peringkat negeri, Dato'T.Rajagopalu dikatakan diberi nasihat secara pribadi oleh Dato'Seri G.Palanivel bagi melantik Lawyer Param pemimpin MIC Seremban dan Aktivis Kebajikan Masyarakat India Seremban sebagai setiausaha baru MIC N.Sembilan.
 
Dato'T.Rajagopalu yang dihadapan Dato'Seri G.Palanivel mengangguk angguk kepala, secara licik membawa Dato'Rajendren Pengerusi MIC Bahagian Tampin kerumah Dato'Seri G.Palanivel dan merayu beliau agar mengizinkan pelantikan Dato'Rajendren dan menolak Lawyer Param.
 
Kenapa tidak dilantik?
 
Typical mentality of MIC,they will never allow those with knowledge/education and talent to be in higher post,so that leaders they can keep their post safe.
 
Baru baru ini Setiausaha Pemuda MIC N.Sembilan En.Satish ketika menghubungi kami berkata akan segera meletakkan jawatan dari MIC jika Dato' Rajendren dapat membaca dan menjelaskan erti tulisan sebuah surat kiriman MIC N.Sembilan yang ditandatangani oleh Dato' Rajendren. Apa maksud kata kata tersebut?
 
Kami masih lagi mempunyai bukti kegagalan Dato'T.Rajagopalu yang mementingkan politik keluarga.
Pernah beberapa kali Pengerusi Wanita UMNO N.Sembilan Dato' Norhayati Omar menyarankan Dato'T.Rajagopalu melantik Pn.Mangalam Aktivis Kebajikan Masyarakat India Kuala Pilah dan Setiausaha Wanita Barisan Nasional Kuala Pilah dilantik ke biro Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat MIC diatas kemampuan beliau membantu masyarakat India terutamanya komuniti wanita India dalam mendapatkan bantuan kerajaan,namun seperti biasa Dato'T.Rajagopalu hanya mengangguk angguk kepala dan berbuat sebaliknya. Bekas guru sekolah Tamil,Melayu dan bersara di sekolah Cina merupakan suatu kelebihan yang seharunya dimanfaatkan oleh MIC untuk membantu masyarakat India, terutamanya kaum wanita. Apakah kerana wanita beliau disingkirkan oleh Dato'T.Rajagopalu?
 
Kenapa tidak dilantik?
 
Typical mentality of MIC,they will never allow those with knowledge/education and talent to be in higher post,so that leaders they can keep their post safe.
 
Kami masih lagi mempunyai bukti kegagalan Dato'T.Rajagopalu yang mementingkan politik keluarga.
 
En. Papiah Pengerusi MIC Cawangan Kampung GATCO dan Pengerusi Persatuan Telegu N.Sembilan merupakan orang disebalik kejayaan penduduk Kampung GATCO mendapatkan hak tanah mereka awal tahun ini setelah berjuang selama hampir 20 tahun, termasuk penghinaan terhadap beliau di AGM MIC setiap kali mempersoal hal tersebut. Namun perjuangan beliau harus dihormati,dan lebih penting lagi beliau merupakan ketua cawangan MIC dan Pengerusi Persatuan Telegu N.Sembilan,pemimpin seperti beliau harus didekatkan dengan MIC supaya dapat membantu masyarakat India secara lebih terperinci.
 
Kenapa tidak dilantik?
Typical mentality of MIC,they will never allow those with knowledge/education and talent to be in higher post,so that leaders they can keep their post safe.
 
Namun tahukan saudara siapa yang dilantik bagi memegang jawatan tinggi di MIC N.Sembilan, kaki main perempuan yang baru baru ini ditangkap basah  bersama 10 wanita simpanan. Apakah jawatan beliau? Ketua Biro Pendaftaran Pengundi Baru , akhirnya disebabkan tidak mempunyai knowledge/education and talent  pemimpin tersebut mulai mendaftarkan wanita simpanan di estate estate berhampiran, meninggalkan tugas yang diberikan kepada beliau. Namun kami kurang pasti apakah ini strategi dari MIC N.Sembilan untuk mendaftar pengundi baru.
 
Artikel ini untuk tujuan penambah-baikan fungsi MIC N.Sembilan. Tidak perlu keluar dan mengatakan @princeofpilah gila ataupun kurang ajar, ini semua bertujuan membongkar kelemahan MIC N.Sembilan untuk kemenangan Barisan Nasional. @PrinceOfPilah menentang pengkhianatan , dan bukan individu tertentu di MIC.
 
Kami berpendapat pengkhianatan Dato'T.Rajagopalu kini bukan lagi bertahap kepada individu namun, pengkhianatan terhadap Parti Barisan Nasional dan Bangsa Malaysia.
 
Berharap agar Pegawai Penerangan MIC N.Sembilan dapat memberi pendapat beliau mengenai artikel diatas sebagai bukti pengetahuan beliau di media sosial dan tanda sokongan beliau terhadap Dato' T.Rajagopalu.
 
Teruskan Perjuangan...
 
 

Monday, 29 October 2012

Keluhan Rakyat Tolak AES

 Keluhan Rakyat Tolak AES
 
@PrinceOfPilah memilih untuk menerbitkan kembali artikel tulisan saudara @TepakBersulam di blog beliau teman seperjuangan mediasosial Negeri Sembilan. @PrinceOfPilah sependapat dengan beliau dalam isu AES.

Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum.

Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ramai yang memomokkan penerima “Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)” sebagai penerima wang saman AES.

Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.
 
Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka.

Untuk tujuan perbahasan, kita kena akui bahawa kelajuan yag melampau hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan boleh mendatangkan kemalangan yang dahsyat. Ini merupakan hukum fizik yang tidak lagi boleh disangkal. Di sinilah perlunya had laju, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang supaya kita boleh mengukur tahap kelajuan melampau pemandu.

Kita juga kena akui bahawa kelajuan yang berlebihan dalam jarak yang dekat dengan kenderaan lain akan menyebabkan kemalangan. Ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang mahu membuat polisi mengenai had laju.

Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila kita disaman kerana memandu di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan? Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan. Tinjaun penulis secara umum mendapati terdapat had-had laju yang ditetapkan langsung tidak masuk akal bagi sesetengah kawasan.

Saya tidak berniat untuk membincangkan siapa yang mendapat kontrak dan siapa yang mendapat untung dalam perniagaan ini. Lumrah dunia jika berniaga mesti mahu untung. Namun terdapat tiga isu utama yang jelas menunjukkan pemasangan AES bukanlah bertujuan mengatasi kemalangan jalan raya tetapi untuk mengutip saman.

Pertamanya, terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J.

Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.

Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini.

Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya.

Boleh JPJ terangkan kepada kita mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?

Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju.

Hujahan pertama ini juga menjawab mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. “Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati.”

Keduanya, tindakan menetapkan jumlah kompaun saman yang sama tanpa mengambil kira kelajuan menunjukkan tembelang sebenar pembuat polisi kerajaan. Semua orang yang faham logik akan tahu bahawa memandu kenderaan dengan kelajuan 110 KM/J tidak sama bahayanya dengan mereka yang memandu kenderaan pada tahap 170 KM/J atau 200 KM/J.

Namun kerajaan menetapkan jumlah saman yang sama kadarnya ke atas mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah kelajuan tersebut.

Sebagai contoh dalam sistem saman AES, sebuah kereta dipandu 110KM/J pada laluan had laju 90KM/J akan menerima jumlah kompaun yang sama dengan mereka yang memandu 200 KM/J pada laluan yang sama. Maaf cakap, hanya orang bodoh sahaja beranggapan memandu 110 KM/J sama bahaya dengan memandu 200KM/J. Dan kumpulan manusia ini berada di kementerian Pengangkutan sekarang ini.

Dengan kadar kompaun yang sama tanpa mengambil kira had laju kenderaan ia menunjukkan kerajaan hanya berminat mengutip kompaun saman bukannya mahu mendidik rakyat atau mencegah kemalangan.

Bertambah jelas niat kerajaan apabila jumlah kompaun dikurangkan mengikut kecepatan orang yang disaman membayar saman. Sekiranya bayar dua minggu awal jumlahnya hanya RM 150. Jika bayar dua minggu lewat jumlahnya 200. Jika bayar selepas sebulan kompaun dikeluarkan jumlahnya RM 300.

Apakah bahaya memandu laju bergantung kepada berapa cepat bayar kompaun?Jika bayar cepat, bahayanya kurang?

Jadi jika sesiapa ada wang banyak macam “bapak-bapak Menteri, bapak-bapak Usahawan” bolehlah memandu Ferrari mereka selaju mana yang mungkin. Bayaran kompaunnya lebih murah daripada “penulis cabuk” macam saya yang hanya terlebih 15 KM/j daripada had laju. Ini kerana RM 150 bagi mereka hanya kos makan tengah hari, berbanding saya yang perlu menunggu gaji hujung bulan untuk bayar kompaun yang ketika itu sudah menjadi RM 300.

Ketiga, mengapa AES banyak dipasang di lebuh raya-lebuh raya berbanding jalan Persekutuan? Kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan juga pengguna jalan Persekutuan.

Sebaliknya JPJ lebih berminat menangkap mereka yang menggunakan lebuh raya kerana di sinilah orang ramai lebih mudah melebihi had laju kerana jalan yang elok dan tiada kesesakan terutamanya waktu malam.
Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap keadaan ini? Kerajaan hanya mahu kutip saman. Inilah persepsi rakyat biasa. Tidak penting berapa banyak kenyataan Menteri Pengangkutan, hakikatnya rakyat melihat dan mempercayai sebaliknya.

Bolehkah Menteri Pengangkutan yang garang di kaca televisyen mempertahankan AES menjawab persoalan-persoalan ini?

Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan melakukan empat perkara berikut:

Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama.

Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep “alang telah terperangkap, baik terus bawa laju” akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai.

Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun, kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju.

Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju.

Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan.

Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat. Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional. Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah!

Elok pecat sahaja Menteri Pengangkutan yang cakap serupa orang bodoh di dalam televisyen dan hanya menambah kemarahan orang ramai.
 

Sunday, 28 October 2012

T.Rajagopalu Dibongkar 2

T.Rajagopalu Dibongkar 2

Bukan tujuan kami untuk menjatuhkan nama baik Dato'T.Rajagopalu,namun kami melakukannya untuk membongkar sifat sebenar pemimpin MIC N.Sembilan,dan kenapa mereka ditolak oleh masyarakat India di Negeri Sembilan.
 
Persoalan :
Kenapa Dato;T.Rajagopalu harus menipu Dr.S.Thinagaraj untuk membawa beliau bertemu dengan Pegawai Khas Dato'Seri G.Palanivel di Menara PWTC,yang kemudiannya diugut untuk dipindahkan ke Sarawak? Bukankah ianya merupakan sebuah pengkianatan?
 

Selepas bertahun membantu dan menyokong Dato'T.Rajagopalu termasuk memusuhi ADUNLembu Brader Mogan, Bekas Ketua Pemuda MIC N.Sembilan Rajendran, Dr.L.Krishnan (Bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan ) , En.Rajan Pengerusi MIC Bahagian Jempol dan beberapa pemimpin tinggi MIC N.Sembilan untuk membantu Dato'T.Rajagopalu,bukannya kami dibantu malah dikianati untuk tujuan politik keluarga beliau.
 
Kini kami terus bermusuhan dengan mereka,tetapi Dato'T.Rajagopalu bermadu kasih dan peluk memeluk untuk kepentingan politik keluarga beliau.
 
Untuk perhatian pembaca, selepas insiden di Menara PWTC Dato'T.Rajagopalu sudah tidak pernah menghubungi kami,walaupun berkali kali kami cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan terhadap ugutan tersebut.
 
ADUNLembu Brader Mogan merupakan seorang musuh politik,kami mempunyai hormat terhadap musuh,namun pengkianat tidak layak untuk mendapat penghormatan tersebut.
 
Siapa Dato'T.Rajagopalu kini?
 
Rasah             : 50 - 50
Seremban       : Hubungan Gelap
Rembau          : Tiada Sokongan
K.Pilah           : Tiada Sokongan
Jempol            : Tiada Sokongan
Jelebu             : Tiada Sokongan
Tampin           : Sokongan hanya dari Ketua Bahagian Dato'Rajendren
Teluk Kemang : Tiada Sokongan
Pemuda            : Tiada Sokongan
Wanita             : Tiada Sokongan
PUTERA         : Politik Keluarga
PUTERI           : Tidak Wujud Di N.Sembilan
 
Pengkhiatanan Akan Dibalas Pengkhianatan.
 
Siapakah yang layak menjadi Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan?
Dato'T.Rajagopalu : Pengkhianat
ADUNLembu Brader Mogan : Politik Kasta dan punca pecahnya MIC N.Sembilan.
 
Siapakah calon pengganti Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan?
Baca Artikel Selanjutnya.
 

Dimana Dato'T.Rajagopalu sewaktu Dr.S.Thinagaraj menghadapi permasalahan dengan ADUNLembu Brader Mogan?
 
Hanya berdiam diri,namun segala permasalahan tersebut adalah disebabkan sokongan kami terhadap Dato'T.Rajagopalu. ADUNLembu Brader Mogan melihat kami sebagai kekuatan disebalik Dato'T.Rajagopalu dan berusaha untuk menjinakkan kami dalam usaha merebut kerusi Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan. Dato' T.Rajagopalu pula bermain talam dua muka bermadu kasih dengan ADUNLembu Brader Mogan untuk kepentingan politik beliau. Kami berjuang sendiri untuk menghadapi ADUNLembu Brader Mogan tanpa apa apa bantuan dari Dato'T.Rajagopalu,termasuk berurusan dengan polis dan gangster kiriman ADUNLembu Brader Mogan, pengkianat!
 
Dimana Dato'T.Rajagopalu sewaktu Dr.S.Thinagaraj menghadapi permasalahan dengan gangster ADUNLembu Brader Mogan?
 
Hanya berdiam diri, dan meminta tidak membuat laporan polis kerana ianya akan merosak nama MIC N.Sembilan dan menasihati agar ianya diselesaikan segara isu dalaman MIC, namun sehingga kini tiada apa apa usaha untuk membincangkan isu tersebut. Pengkhianat!
 
Dimana Dato'T.Rajagopalu sewaktu Dr.S.Thinagaraj menghadapi dipecat dari dua jawatan tinggi MIC N.Sembilan oleh ADUNLembu Brader Mogan?
 
Dr.S.Thinagaraj memegang jawatan Pegawai Perhubungan MIC N.Sembilan dan Ketua PUTERA MIC N.Sembilan sebelum dipecat oleh ADUNLembu Brader Mogan tanpa mesyuarat ataupun surat rasmi. Kami hanya mengetahui hal tersebut 2 bulan selepas kejadian pemecatan tersebut,setelah melihat banner Deepavali yang terpampang di Little India Seremban. Selama 2 bulan Dato'T.Rajagopalu tidak membuka mulut tentang pemecatan tersebut.
 
Dato'T.Rajagopalu yang turut  menduduki mesyuarat tidak berniat bersuara untuk Dr.S.Thinagaraj menentang pemecatan tersebut, malah hanya berdiam diri dan selesa dengan jawatan baru sebagai Setiausaha MIC Kebangsaan. Pemecatan tersebut bukan kerana kegagalan menjalankan tugas, namun kerana sokongan kami kepada Dato'T.Rajagopalu serta bagi mengurangkan pengaruh Dato'T.Rajagopalu dibarisan AJK Tertinggi MIC N.Sembilan.
 
Umumnya jika kita mendapat posisi yang tinggi,kita akan berusaha membawa penyokong setia kita dan ahli ahli yang memperjuangkan kita untuk naik bersama kita ketahap yang baru,namun bukan dengan Dato'T.Rajagopalu,beliau selesa dengan jawatan baru sementara penyokong beliau dipecat dan dihambant kemajuan sementara beliau selesa merancang pengkhianatan baru.
 
Tidak wujud lain istilah " We Are One Team" , Im Barisan Nasional team...Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, bukannya Keluarga Didahulukan,Pencapaian Pribadi Diutamakan.
 
Teruskan Perjuangan...
 
 

Thursday, 25 October 2012

ADUN Diserbu Pengundi India

ADUN Diserbu Pengundi India
 
Pakatan Rakyat Kuala Pilah pastinya terkejut melihat ratusan masyarakat India memenuhi jalan utama Taman Nesa Jaya Kuala Pilah baru baru ini bagi menunjukkan sokongan terhadap ADUN K.Pilah YB Adnan Abu Hassan , pemimpin Barisan Nasional N18 DUN Pilah

Program ajuran bersama Pejabat DUN Pilah, Pejabat Belia Dan Sukan Kuala Pilah dan NGO Persatuan Sivik India Kuala Pilah dibawah naungan Pn.Mangalam dihadiri ratusan masyarakat India Kuala Pilah dari kawasan peti undi Kampung Jawa yang merangkumi 600 undi kaum India.
 
Ucapan YB Adnan Abu Hassan ADUN N18 Pilah yang memberi penjelasan tentang Bajet 2013 serta program program kerajaan untuk Masyarakat India terutamanya untuk Masyarakat India di Kuala Pilah mendapat tepukan gemuruh para hadirin dan laungan 'Hidup Barisan Nasional dan 1 Malaysia' yang bergema sampai ke Pejabat PKR Jalan Melang dihadapan Hotel Melang Inn.

Pastinya Pakatan Rakyat kecewa melihat sokongan padu masyarakat India kepada pemimpin Barisan Nasional di DUN Pilah, setelah selama 2 bulan Pakatan Rakyat mempermainkan isu sekolah Tamil Kuala Pilah untuk memecah belahkan masyarakat India,kini segalanya menemui kegagalan. Kehadiran masyarakat India yang melebihi jangkaan penganjur program dan sokongan padu terhadap YB Adnan ADUN Pilah menunjukkan masyarakat India di Kuala Pilah masih tetap setia bersama Barisan Nasional, dan bersedia menolak pemimpin 'cendawan' Pakatan Rakyat.
 
 
Perbezaan yang nyata diantara pemimpin Barisan Nasional dengan pemimpin pembangkang adalah keberanian pemimpin Barisan Nasional menghadapi masyarakat  dan menyelesaikan masalah mereka secara terbuka ( Kecuali ADUNLembu V.Mogan Jeram Padang yang sama saja seperti pemimpin pembangkang ), dan bukannya seperti pembangkang yang hanya wujud ketika pilihanraya dan menghilang selepas kalah dalam pilihanraya
 
Menjadi pemimpin Pakaran Rakyat sangat mudah, mengkritik kerajaan dan memberi janji palsu dalam ucapan diatas pentas,segala permasalahan masyarakat tidak perlu diselesaikan serta melemparkan segala permasalahan tersebut kepada pemimpin Barisan Nasional.
 
Ucapan Tahniah @PrinceOfPilah kepada YB Adnan diatas keberanian beliau untuk menghadapi masyarakat India di Kuala Pilah menjawab segala persoalan mereka.
 
Teruskan Perjuangan...
 
 
 

Wednesday, 24 October 2012

T.Rajagopalu Dibongkar

T.Rajagopalu Dibongkar
 
Dato Seri 'G.Palanivel membelasah Dato'T.Rajagopalu Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan baru baru ini di Mesyuarat Tertinggi MIC Kebangsaan, mahu tahu kenapa? Artikel dibawah akan mengungkapkan kejadian tersebut yang merupakan hasil perbualan @PrinceOfPilah dengan seorang pemimpin MIC N.Sembilan
 
Dato'T.Rajagopalu yang hampir pasti tidak akan dicalonkan semula untuk kerusi ADUN mulai memainkan percaturan politik kronism dengan membawa masuk anak beliau menjadi calon di DUN Jeram Padang.
 
Namun permainan tersebut sangat 'smooth' sehingga kebanyakan orang tidak menyedari hal tersebut,termasuk Dato Seri 'G.Palanivel.
 
Dato'T.Rajagopalu mencalonkan Ketua MIC Bahagian Tampin yang merupakan satu satunya penyokong beliau di Negeri Sembilan, Dato' Rajendren bagi menggantikan ADUNLembu V.Mogan untuk kerusi ADUN Jeram Padang.
 
Mengetahui hal tersebut Dato Seri 'G.Palanivel membelasah Dato'T.Rajagopalu dihadapan kesemua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi MIC Kebangsaan. Bukannya Dato'G.Palanivel tidak menyukai Dato' Rajendren, namun pencalonan beliau bukan merupakan pilihan yang tepat, beliau yang hanya lulusan LCE ( PMR ) dan sanggupkan beliau bersaing didunia globalisasi dan reformasi politik sekarang? Satu persoalan yang sangat tepat dari Dato Seri' G.Palanivel,yang kemudiannya membelasah Dato' T.Rajagopalu diatas kegagalan mengantisipasi dunia politik zaman reformasi.
 
Namun ramai yang tidak mengetahui isi hati Dato'T.Rajagopalu,beliau bukan mahukan Dato'Rajendren menjadi ADUN Jeram Padang namun anak beliau yang dipersiapkan sebagai calon simpanan DUN Jeram Padang, kini giat dipromosikan dikesemua program Barisan Nasional.
 
Percaturan Dato'T.Rajagopalu :
1. ADUNLembu V.Mogan harus disingkirkan
2. Persahabatan dengan Dato' Rajendren harus dijaga,namun beliau tidak boleh menjadi ADUN.
3.Anak beliau harus menjadi ADUN supaya kronism politik MIC dapat dikekalkan.

Kalau kronism seperti ini dikekalkan,mahu kemana arah perjuangan Barisan Nasional? Apakah tidak ada ketua ketua cawangan ataupun individu lagi selain dari "keluarga besar RaMoGaRa'
(Rajagopalu,Mogan,Ganesan,Rajendren) yang layak menjadi wakil rakyat di Negeri Sembilan?
 
Kenal siapa En.Papiah? Kenal siapa Pn.Mangalam? Kenal Siapa Lawyer Param?
Kenapa bukan mereka yang menjadi calon?
 
Mereka sehingga kini walaupun diketepikan oleh MIC Negeri Sembilan,namun masih berusaha keras membantu masyarakat dikawasan mereka,dan perjuangan mereka diiktiraf bukan sahaja oleh masyarakat India,namun masyarakat dari pelbagai kaum termasuk wakil wakil rakyat kawasan mereka.
 
Kegagalan bersaing didunia globalisasi dan reformasi politik, kegagalan mengantisipasi dunia politik reformasi dan politik kronism akan membawa MIC N.Sembilan kearah kemusnahan menjelang PRU13.
 
Teruskan Perjuangan...



Tuesday, 23 October 2012

Pemuda Dihalau MIC N.Sembilan

Pemuda Dihalau MIC N.Sembilan

SEREMBAN – "Saya terkejut apabila tidak dibenarkan masuk," kata Setiausaha Pemuda MIC negeri, S. Satish Kumar.

Satish Kumar mendakwa dia dimalukan apabila dihalang masuk ke bangunan MIC Negeri Sembilan, kelmarin ketika hadir untuk menyerahkan satu dokumen.

Lebih menghairankan, katanya, larangan tersebut dikatakan arahan daripada Pengerusi MIC negeri, Datuk T Rajagopalu.
Menyorot kembali kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Satish Kumar berkata, dia datang ke bangunan MIC negeri di sini kerana mahu menyerahkan beberapa dokuman penting berhubung masalah rakyat.

“Saya terkejut apabila Setiausaha Kerja Rajagopalu tidak membenarkan saya masuk dan meminta saya pulang. Dia memberitahu arahan itu datang dari Rajagopalu.

“Saya tidak faham kenapa beliau mengeluarkan arahan demikian sedangkan saya tidak mempunyai sebarang rekod buruk atau masalah dengan parti," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah berkata, masalah itu mungkin berpunca daripada tindakannya memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kuala Pilah, baru-baru ini.

"Tindakan saya itu mungkin dianggap melebihinya selaku ketua dalam MIC. Saya hanya menjalankan peranan saya sebagai pemuda MIC dan isu itu kita perjuangkan sejak 2009 lagi," katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda MIC Negeri, Palani Mahadevan berkata, beliau kesal kejadian tersebut dan akan membawanya kepada Pemuda MIC peringkat pusat untuk dibincangkan.

Dalam pada itu, Rajagopalu ketika dihubungi Sinar Harian, semalam menafikan ada mengeluarkan arahan tersebut.

"Saya tidak bagi arahan seperti itu dan saya rasa telah timbul salah faham kepadanya.

“Sebenarnya dia sendiri bermasalah kerana saya ada terima aduan daripada MIC Bahagian Kuala Pilah berhubung kelakuannya," katanya.

Berikutan itu, Rajagopalu berkata, beliau akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Satish Kumar.

Sumber : Sinar Harian

Renungan :
 
Kalau dulu ADUNLembu Brader Mogan yang menghalau PUTERA MIC keluar dari Dewan Majlis Perbandaran Seremban, kini Dato,T.Rajagopalu pula menghalau Setiausaha Pemuda MIC N.Sembilan. Kalau tidak perlu sokongan golongan muda , cakap saja...kami keluar saja dari MIC dan menyokong mana mana parti yang menghargai perjuangan golongan muda.
 
Tindakan Tata Tertib? Lawak !!!
 
Kami sangat arif dengan tindakan tatatertib MIC melalui pengalaman sahabat kami V.Mugilan dan S.Sivarrajh yang telah melaluinya tidak berapa lama dulu, tidak ada apa apa pengaruh melainkan sebagai tempoh bercuti dan mempersiapkan diri secara lebih baik bagi menghadapi perjuangan selanjutnya.
 
Kalau menurut @PrinceOfPilah, tindakan tatatertib juga harus diambil terhadap setiausaha kerja Dato'T.Rajagopalu yang menghalang Setiausaha Pemuda MIC N.Sembilan masuk ke pejabat MIC N.Sembilan, beliau merupakan penyebab permasalahan ini
 
Pada 2008 , Dato'T.Rajagopalu bermasalah dengan Ketua Pemuda MIC N.Sembilan R.Rajendran, yang kemudiannya mengakibatkan kekalahan Dato'T.Rajagopalu di DUN Port Dickson pada PRU12. Kini 2012, beliau kembali bermasalah dengan pemuda MIC N.Sembilan, apakah beliau akan kalah lagi yaitu disingkirkan dari jawatan Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan?
 
Pada 2011, kami membantu untuk Dato'T.Rajagopalu untuk kembali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan setelah disingkirkan oleh Dato' Seri S.Samyvellu dan menggantikan beliau dengan ADUNLembu Brader Mogan, kini siapa yang akan membantu untuk mempertahankan beliau?
 
Menurut sumber, 4 Ketua Bahagian,Pemuda dan Wanita akan bertemu dengan Dato' Seri G.Palanivel dalam masa singkat untuk meminta Dato'T.Rajagopalu disingkirkan dan diganti dengan ADUNLembu Brader Mogan.
 
Pelajaran Dari Artikel Diatas : Pergolakkan Politik MIC N.Sembilan tidak akan berhenti selagi Dato'T.Rajagopalu, ADUNLembu V.Mogan dan beberapa orang lain diganti degan muka baru yang lebih mengutamakan kepentingan masyarakat dari kroni.

Akibat dari perbuatan MIC N.Sembilan blog blog Pakatan Rakyat mempermainkan isu tersebut sebagai titik permulaan kejatuhan MIC N.Sembilan dalam menghadapi PRU13.

Pengkhianat Akan Dibalas Dengan Pengkhianatan

Teruskan Perjuangan...

 


Friday, 5 October 2012

MIC Demo HINDRAF Demo

MIC Demo HINDRAF Demo
 
Sejak kebelakangan ini MIC N.Sembilan sudah kehilangan arah dalam perjuangan mereka, lihat foto dibawah :
 

 
MIC N.Sembilan demo menuntut tanah milik JKR yang digunakan oleh SJKT Senawang sebagai padang sekolah. Sekali lagi, baca secara jelas..."tanah milik JKR bukan Sekolah Tamil Senawang"
 
Kenapa harus demo, kerajaan N.Sembilan adalah milik Barisan Nasional,ianya boleh diselesaikan secara perbincangan secara aman.
 
Kalau MIC sudah macam ini,bagaimana untuk menyalahkan pembangkang kalau melakukan demo.
Tahap mentaliti yang sama.
 

Raja its time for u to GO GO GO palu...
 
Teruskan Perjuangan...
 
 


Thursday, 4 October 2012

Demo SJKT Kuala Pilah

Demo SJKT Kuala Pilah
 
 
 
Siapakah disebalik kemarahan ibubapa pelajar Sekolah Tamil Kuala Pilah?
Ramai yang beranggapan Ahli Parlimen Kuala Pilah atau ADUN Kuala Pilah menjadi target kemarahan ibubapa pelajar SJKT Kuala Pilah, namun kenyataannya adalah :
1.Dato’T.Rajagopalu – Pengerusi Badan Perhubungan MIC N.Sembilan
 
Pada lawatan beliau beberapa bulan lepas berjanji mengatakan bahawa isu pembinaan bangunan baru SJKT Kuala Pilah telah selesai. Beliau turut hadir melawat kawasan yang bakal dibina sekolah baru bersama beberapa ketua cawangan MIC Kuala Pilah.  Kemana beliau sewaktu masalah demonstrasi ini terjadi? Kenapa tidak berani tampil berhadap[an dengan ibubapa pelajar SJKT Kuala Pilah. Sekurang kurangnya @PrinceOfPilah lega kerana bukan satu satunya orang yang ditipu oleh beliau,dan masyarakat India sedar beliau merupakan antara ahli golongan“Janji Dicapati”.


2. ADUNLembu – ADUN Jeram Padang
 
Berjanji akan menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan pendekatan beliau menjadi tukang jilat Menteri Besar N.Sembilan. Berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dalam waktu 2 minggu sebelum isu demonstrasi ini dibangkitkan oleh ibubapa pelajar SJKT Kuala Pilah.

Kemana dia  sewaktu masalah demonstrasi ini terjadi? Kenapa tidak berani tampil berhadap[an dengan ibubapa pelajar SJKT Kuala Pilah. Sekurang kurangnya @PrinceOfPilah lega kerana bukan satu satunya orang yang ditipu oleh beliau,dan masyarakat India sedar beliau merupakan antara ahli golongan “Janji Dicapati”.

3. Palani Mahadevan – Ketua Pemuda MIC N.Sembilan
Berjanji akan membawa isu tersebut kepada @NajibRazak dan menyelesaikannya,dalam aspirasi menjadi calon ADUN Jeram Padang. Namun sehingga kini,belum nampak apa apa tanda penyelesaian.
Kemana dia sewaktu masalah demonstrasi ini terjadi? Kenapa tidak berani tampil berhadap[an dengan ibubapa pelajar SJKT Kuala Pilah. Sekurang kurangnya @PrinceOfPilah lega kerana bukan satu satunya orang yang ditipu oleh beliau,dan masyarakat India sedar beliau merupakan antara ahli golongan “Janji Dicapati”.
KeBODOHan mereka bertiga, namun  Barisan Nasional Kuala Pilah yang mendapat nama buruk.
Sehari selepas kejadian tersebut @PrinceOfPilah bertemu dengan Ahli Parlimen Kuala Pilah untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang perkembangan pembinaan sekolah tersebut.
Menurut beliau, pembinaan tersebut bukan boleh terjadi dalam 1 atau 2 bulan, ianya melibatkan beberapa kementerian, seperti Kementerian Pendidikan,Kementerian Kerja Raya,Kementerian Kewangan TNB serta Bomba; semuanya harus memberi persetujuan. Ini belum termasuk persetujuaan pejabat daerah, pihak pemberi sumber dana Community Chest dan kebersediaan pemaju kawasan. Kesemua ini harus diselesaikan sebelum memulakan pembinaan sekolah.
Sebelum ini sekolah Tamil Juasseh turut mengambil tempoh yang panjang, namun kini mereka mempunyai bangunan baru yang serba lengkap.
Sehubungan hal ini,Ahli Parlimen Kuala Pilah baru baru ini telah bertemu secara peribadi dengan Pengerusi MIC Kebangsaan Dato’G.Palanivel untuk mencari penyelesaian.
@PrinceOfPilah tidak menyalahkah ibubapa SJKT Kuala Pilah,namun menyalahkan pihak MIC N.Sembilan yang menggelar diri mereka sebagai ‘penjaga’ sekolah Tamil, namun gagal menyelesaikan hal tersebut.
Sekali lagi @PrinceOfPilah menyalahkan kegagalan sistem informasi MIC N.Sembilan sebagai penyebab kepada demonstrasi ini.. Kegagalan menjelaskan permasalahan disebalik pembinaan sekolah serta perkembangan pembinaan sekolah tersebut menjadi penyebab utama kemarahan ibubapa SJKT Kuala Pilah.
Kepada ADUNLembu yang memecat Dr.Thinagaraj Sanniasi dari jawatan Pegawai Informasi MIC Sembilan atas alasan kronism,tahniah kepada kronism kamu.

Kepada Dato’T.Rajagopalu yang bersekongkol untuk pemecatan dan berdiam tanpa membuka mulut,tahniah...suara kamu sudah tidak diperlukan lagi,teruskan berdiam diri.
 
Barisan Nasional Kuala Pilah mengambil pendekatan ‘Janji Ditepati’ berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk memastikan SJKT Kuala Pilah dibina seperti yang dikehendaki oleh masyarakat India Kuala Pilah,namun kegagalan pemimpin MIC N.Sembilan merosakkan segala usaha tersebut.
Kalau menurut suara masyarakat umum, mereka akan mengundi calon Barisan Nasional yang bukan berasal dari MIC,jangan menyalahkan masyarakat umum jika MIC gagal memenangi kerusi di N.Sembilan
 
 
Teruskan Perjuangan...