Wednesday, 19 December 2012

Melayu Diperkuda Oleh DAP

Melayu Diperkuda Oleh DAP
 
Keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) Sabtu lalu 
mengukuhkan lagi hakikat bahawa parti itu adalah RASIS, CAUVINIS, ANTI-MELAYU dan ANTI-ISLAM.
 
Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional DAP Ke 16 di Pulau Pinang memilih 17 anggota CEC berbangsa Cina dan tiga wakil India.

Tidak seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding dipilih termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Zairil Mohd Khir.

Peminggiran pemimpin Melayu di dalam DAP seharusnya membuka mata serta minda orang Melayu seluas-luasnya supaya tidak mempercayai apa sahaja janji yang diberi menjelang PRU13.

Kit Siang dan Guan Eng boleh berjanji bulan dan bintang untuk mendapat undi Melayu tetapi jika Melayu tidak mendapat tempat langsung dalam parti itu, apakah ia boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu?
 
Tolak DAP...
 
Teruskan Perjuangan...
 

Poster Manifesto Bukan Janji

Poster Manifesto Bukan Janji
 
 
Kalau Manifesto Bukan Suatu Perjanjian , Maka Apakah Itu Manifesto?
 
PENIPUAN!
 
 
Teruskan Perjuangan...

Zuraidah Rasmikan Majlis Gagal

Zuraidah Rasmikan Majlis Gagal
 
 
Demikianlah ramainya hantu kerusi kosong yang hadir memenuhi kerusi kerusi yang disediakan oleh penganjur mengalahkan bala tentera PKR yang hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera PRU sukarelawan PR Kuala Langat dan kursus PRU.

Majlis bertemakan Kuasai Putrajaya Selamatkan Negara ini boleh diibaratkan sebagai program yang berjaya dengan kehadiran sekian banyak hantu kerusi kosong,yang dikatakan menaiki kereta bersama YB Zuraidah yang merasmikan majlis tersebut. Baca : Hantu Ampang Naik Kereta 
 
Namun , apakah hantu kerusi kosong boleh mengundi?
 
Tahniah , pengundi Kuala Langat sudah pun menunjukkan bahawa mereka tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat.
 
Teruskan Perjuangan...

Hasan Malek : Kita Sapu Semua

Hasan Malek : Kita Sapu Semua 
 
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahan kelima-lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan parlimennya yang ditandingi wakil parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Kelima-lima kawasan DUN itu ialah Senaling, Juasseh, Seri Menanti, Pilah dan Johol.

 "Selain sokongan rakyat dan pengundi, pemimpin UMNO dan BN termasuk saya telah menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Ahli Parlimen dan DUN dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan khas kepada tiga penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri Johol dekat sini, semalam.

Hasan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, walaupun DUN Johol tiada wakil rakyat berikutan kematian Datuk Roslan Mohd.Yusof pada 4 Oktober 2011, tapi Umno telah mewakilkan dua wakil rakyatnya iaitu ADUN Seri Menanti, Datuk Abd Samad Ibrahim dan ADUN Senaling Datuk Ismail Lasim untuk melihat dan membantu apa juga masalah di kawasan DUN Johol.

"Saya tahu, walaupun PAS telah 'berkubu' di DUN Johol, tetapi ADUN daripada Umno telah menjalankan tugas mereka secara adil dan saksama tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.

Kita berkeyakinan untuk mengekalkan kelima-lima kerusi DUN itu sebagai kubu kuat untuk BN pada pilihan raya umum akan datang, sebagaimana yang berlaku pada 2008.

"Saya akui ada segelintir mereka yang 'lari' kerana dibuai oleh janji kosong pembangkang yang hanya berceramah sepanjang masa. Tapi bagi kita, UMNO dan BN, kita membuat kerja dan tidak hanya bercakap kosong sahaja. Kerja kita selain membantu kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kita turut memastikan pembangunan negeri dan negara termasuk infrastruktur dan kemudahan awam berjalan lancar, baik di bandar dan luar bandar," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah dan pengerusi BN Parlimen Kuala Pilah itu berkata, semua pihak perlu mengurangkan 'cakap-cakap' soal calon dan menyerahkan perkara itu kepada presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukannya.

"Di Kuala Pilah, kita telah membuat akujanji di mana kita mengurangkan cakap soal calon, tapi banyak bercakap soal usaha bagaimana kita memperkuat jentera parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Yang penting kita sokong sesiapa juga yang dicalonkan," katanya.

Katanya, dalam usaha menghadapi pilihan raya umum akan datang, sebanyak 55 Pusat Daerah Mengundi (PDM) diwujudkan di Kuala Pilah dan ia telah digerakkan.

"Kita sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang. Saya dapati BN di Kuala Pilah ini cukup mantap di mana kita sentiasa mengadakan pelbagai program sebagaimana slogan kita Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat," katanya.
 
Sumber : Sinar Harian
 
Teruskan Perjuangan...

Hantu Ampang Naik Kereta

Hantu Ampang Naik Kereta
 
Kalau di filem kita melihat hantu menghisap darah manusia , hantu ini pula menghisap darah manusia dalam bentuk wang rakyat. Lihatlah kekayaan YB Zuraidah Kamaruddin, bekas penjual obat tepi jalan sejak menjadi Ahli Parlimen Ampang.


Dari mana beliau mendapat wang untuk membeli kenderaan sebegini banyak?
 
 
Benarkah YB Zuraidah Kamaruddin kelahiran Bengkulu, Sumatera Indonesia?
 
Akibat kemiskinan hidup pada masa itu di Indonesia keluarganya telah berhijrah ke Singapura. Ketika itu Singapura masih lagi berada dalam Persekutuan Tanah Melayu dan selepas berlaku perpisahan antara Singapura dengan Malaysia keluarganya mengambil keputusan untuk memilih Malaysia sebagai tempat bermaustatin. Selepas itu mereka telah di beri kerakyatan Malaysia. Nama asal mereka sekeluarga juga dipercayai telah ditukar.
 
Teruskan Perjuangan...
 
 

PKR Tambah Safe Deposit BN

PKR Tambah Safe Deposit BN
 
Tahu kenapa @nsurendrann dan Pakatan Rakyat takut untuk menunjukkan daftar nama 300,000 orang kaum India yang dikatakan masih tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia?
 
Pertama memang mereka tidak pernah wujud dan kedua, walaupun mereka wujud,mereka sudah pasti menjadi safe deposit untuk Barisan Nasional.
 
Buktinya daripada 9,000 orang yang dibawa oleh Pakatan Rakyat ke Putrajaya , 4,500 orang teleh pun memiliki kewarganegaraan malaysia yang sah,dan selebihnya sedang diproses oleh Jabatan pendaftaran. Jadi, mana orang orang yang dikatakan belum memiliki taraf kewarganegaan Malaysia?
 
 
Ingat, hak kewarganegaraan untuk 4,500 orang yang dibawa oleh @nsurendrann tersebut diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional melalui Kempen MyDaftar, dan bukannya oleh Pakatan Rakyat.
Siapakah mereka akan undi pada pilihanraya nanti? BARISAN NASIONAL!!!
 
Itulah yang ditakutkan oleh @nsurendrann,lebih banyak dia bawa , lebih ramai lagi yang akan menyokong Barisan Nasional.
 
Teruskan Perjuangan...


Monday, 10 December 2012

Sothi Calon DUN Port Dickson

Sothi Calon DUN Port Dickson

Mungkinkah Dato'S.Sothinathan akan dilantik sebagai Pengerusi MIC N.Sembilan yang baru?


Menurut sumber dalaman , Dato' S.Sothinathan akan bertanding di DUN Port Dickson menggantikan YB Handphone Dato'T.Rajagopalu yang kalah kepada calon PKR V.Ravi pada PRU12 sementara DUN Jeram Padang akan dipertandingkan oleh muka baru. 


Kemenangan Dato'S.Sothinathan akan memastikan beliau posisi sebagai ahli EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, sekaligus menjamin posisi sebagai Pengerusi MIC N.Sembilan.

Kekuatan Dato'S.Sothinathan : 

1. Sokongan penuh MIC Bahagian Teluk Kemang

2. Sokongan Tan Sri Isa Samad , Pengerusi UMNO Bahagian Teluk Kemang

3. Dato'G.Palanivel memerlukan sokongan Dato'S.Sothinathan dan dari pengundi kasta Gounder untuk menghadapi pencabar beliau bagi mempertahankan jawatan Pengerusi MIC kebangsaan

4. Dato'G.Palanivel memerlukan calon baru bagi jawatan Pengerusi MIC N.Sembilan bagi mengelak pergaduhan internal MIC yang berterusan di Negeri Sembilan.

5. Dato'S.Sothinathan mempunyai sokongan dari komuniti professional muda India.

6. Krisis dalaman PKR Port Dickson akan membantu kemenangan Dato' S.Sothinathan , dikatakan YB V.Ravi akan diganti oleh R.Thangam yang akan menghadapi sabotaj dari penyokong YB V.Ravi.

7. Pencalonan Dato'S.Sothinathan akan membuka peluang kepada calon MIC lain untuk bertanding di kerusi Parlimen Teluk Kemang tanpa sabotaj dari penyokong Dato'S.Sothinathan.

Sama sama kita tunggu perubahan politik MIC di Negeri Sembilan.

Teruskan Perjuangan...

Rajagopalu Flip - Flop


Rajagopalu Flip - Flop


Dah lah pengkhianat bangsa sendiri, ada pulak hati nak jadikan anak sendiri sebagai ADUN Jeram Padang. Cari safe seat ke? Untuk perhatian YB handphone yang tak pernah turun padang, Jeram Padang bukan lagi safe seat.

Kenapa tak mau cuba Port Dickson? Takut pengundi halau balik rumah? Go! Go! Palu!!

Kepada anak Go! Go! Palu!! yang minta bukti...sudah cukup atau nak kami upload video? 

Kalau tak berani bersuara, letak jawatan je... ADUNLembu Brader Mogan. Kawasan sendiri pun tak le nak jaga, nie ada hati nak masuk bertanding di Parlimen Teluk Kemang. Ko ingat orang Teluk Kemang tu bodoh  kurang bijak macam kau ke? 

Begini lah nasib masyarakat India di Negeri Sembilan, seorang sibuk dengan politik keluarga, seorang lagi pula sibuk dengan politik kaki pukul dan politik kasta. Nampaknya @NajibRazak harus turun padang bersendirian menyelesaikan permasalahan masyarakat India di Negeri Sembilan. 

Nampaknya MIC bakal kalah di ketiga kerusi di Negeri Sembilan.

Teruskan Perjuangan... 

Kempen Berbasikal JERIT NS

Kempen Berbasikal JERIT NS

Setelah berkayuh dengan basikal selama empat hari menjelajah seluruh Negeri Sembilan, penganjurnya Jerit dan seramai 35 peserta kempen berbasikal ‘Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0’ berjaya mengenalpasti tujuh isu baru di lokasi-lokasi tertentu sepanjang kempen tersebut.

Tujuh isu yang dikenalpasti peserta kempen ‘Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0’ ialah:

1. Penduduk Taman Mambau, Seremban menghadapi masalah gangguan bekalan air kerana ketiadaan tangki air. Bekalan air kadang kala terputus sehingga lima hari. Keadaan jalan raya di taman perumahan itu juga dalam keadaan teruk.

2. Penduduk dan peniaga berdekatan pantai Telok Kemang, Port Dickson meminta pihak berkenaan agar tidak menswastakan pantai Telok Kemang dan pantai tersebut tidak ditambak. Mereka juga meminta agar air longkang tidak disalurkan ke laut dan memohon gerai, tandas awam serta bangunan buruk digantikan dengan bangunan baru.

3. Masalah penduduk Taman Koperasi di Pedas, Rembau yang tidak mempunyai tangki air besar (central water tank) meskipun sudah tinggal di taman perumahan itu lebih 22 tahun.

4. Masalah hak tanah perladangan di Kampung Serampang Indah (GATCO) di Jelebu.

5. Peneroka Felda di Felda Raja Alias 1, 2 dan 3 telah mengemukakan masalah seperti generasi kedua (anak peneroka) yang tidak mempunyai masa depan yang cerah kerana mereka tidak terlibat dalam skim peneroka, Peneroka juga terpaksa menanggung hutang aktiviti penanaman semula yang tinggi.

6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Ladang Senawang, Sungai Gadut menyerahkan memorandum kepada peserta kempen berhubung masalah pengambilan padang sekolah tersebut untuk sebuah projek jejantas. Mereka turut menyatakan kebimbangan tahap keselamatan dan kesihatan murid kerana projak itu berdekatan dengan kawasan sekolah.

7. Penduduk  Ladang Kirby menuntut perumahan alternatif disediakan apabila mereka ditamatkan kerja.

Selain daripada tujuh isu yang dikenalpasti di atas, memorandum tersebut turut mengandungi tujuh tuntutan Jerit untuk peringkat Negeri Sembilan iaitu skim perumahan alternatif, perkhidmatan awam dan jalan raya, keperluan asas, penternakan, pendidikan, keselamatan dan pembangunan.

Shahrul Faizal Tahar Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima memorandum tersebut.

Sumber : Free Malaysia Today

Bandingkan MIC N.Sembilan yang sibuk berebut  jawatan dan kerusi ADUN dengan Kempen JERIT yang lebih mesra rakyat, mana yang akan menjadi pilihan dan disokong rakyat?

MIC N.Sembilan penuh dengan politik keluarga , politik kaki pukul dan politik kasta sehingga tidak mempunyai masa untuk turun padang menyelesaikan permasalahan rakyat, jangankan menyelesaikan...mengidentifikasi masalah juga merupakan suatu masalah besar untuk MIC N.Sembilan.

Nampaknya @NajibRazak harus bekerja bersendirian untuk mendapatkan Nambikkai dari pengundi kaum India. MIC N.Sembilan gagal melaksanakan tugas sebagai parti komponen.

Teruskan Perjuangan...

MIC Rampas Perkuburan Hindu

MIC Rampas Perkuburan Hindu

Dikawasan Kuala Sawah, Rantau tanah perkuburan Hindu dibangun menjadi taman perumahan dan rumah kedai termasuk sebagai kawasan pengaliran air kumbahan. Sebanyak 33 mayat masih tertanam dibawah kawasan tersebut.

Mengetahui hal tersebut , YB Handphone Pengerusi MIC N.Sembilan Dato' T.Rajagopalu dan ADUNLembu Brader Mogan  EXCO Kerajaan Negeri Sembilan hanya berdiam diri dengan alasan akan kehilangan jawatan/kerusi mereka jika bersuara untuk rakyat..
Berdiam diri juga merupakan satu tindakan menyetujui perampasan hak tanah tersebut.

video
Inikah pemimpin masyarakat yang akan membela nasib kaum India?
Pengkhianat bangsa!!!

Jika mereka sanggup 'menjual' tanah milik kaum Hindu untuk pembangunan hanya kerana kerusi/ jawatan mereka, tidak hairan jika mereka juga sanggup menjual kaum India untuk kerusi/jawatan tersebut.
Tahukah saudara kedua pengkhianat ini kelahiran Rantau?Jika mereka sanggup mengkhianati tanah kelahiran mereka, kedua pengkhianat ini akan sanggup mengkhianati kaum India hanya untuk kerusi/ jawatan mereka.

ADUNLembu Brader Mogan merupakan Ketua bahagian MIC Parlimen Rembau,dimana Rantau merupakan DUN dibawah kawasan parlimen tersebut.
Kaum India Negeri Sembilan jangan menjadi kambing kepada kedua pengkhianat ini.

Ingat, jika mereka sanggup mengkhianati tanah kelahiran mereka, kedua pengkhianat ini akan sanggup mengkhianati kaum India hanya untuk kerusi/ jawatan mereka.

@NajibRazak telah berbuat banyak untuk membantu kaum India,namun pengkhianat seperti YB Handphone Pengerusi MIC N.Sembilan Dato' T.Rajagopalu dan ADUNLembu Brader Mogan membuatkan segala usaha @NajibRazak menjadi sia sia. pemimpin seperti mereka merupakan punca masyarakat India menolak Barisan Nasional.

Bangkit Menolak Kedua Pengkhianat Bangsa
Sama Sama Kita Bersihkan Negeri Sembilan


Update 10/12/12 : Free Malaysia Today turut menyiarkan isu ini di portal berita mereka. Baca

Teruskan Perjuangan...