Thursday, 3 January 2013

Hasan Malek Dikepung Pemuda

Hasan Malek Dikepung Pemuda
 
Bertempat di Dataran Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah sekelompok pemuda bertindak mengepung kereta YB Dato' Hasan Malek...

Bukan untuk demonstrasi,namun bagi menunjukkan sokongan terhadap pimpinan YB Dato' Hasan Malek dan kerajaan Barisan Nasional.
 
Program Himpunan Anak Muda Parlimen Kuala Pilah sempena sambutan Tahun Baru 2013 anjuran Pejabat Parlimen Kuala Pilah dan Pejabat Belia Dan Sukan Kuala Pilah dibanjiri dengan ribuan pemuda pelbagai kaum dari kawasan dari Kuala Pilah, turut dilaporkan bahawa lebih dari 1500 pengundi baru ( pengundi yang baru berdaftar)  turut hadir bagi menunjukkan sokongan kepada pimpinan Barisan Nasional.
 
Tahniah kepada Pejabat Belia Dan Sukan Kuala Pilah diatas kejayaan mengumpul ribuan pemuda dari kawasan Kuala Pilah,serta keberhasilan menjalankan program tanpa sebarang kekecohan ataupun pergaduhan, bukannya seperti program program Pakatan Rakyat yang selalunya melibatkan pergaduhan dan ceramah fitnah.
 
Laungan 1Malaysia oleh ribuan pemuda yang mengiringi Dato'Hasan Malek memasuki Dataran Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah pastinya membuatkan Pakatan Rakyat melupakan hasrat untuk menawan Negeri Sembilan.
 
Teruskan Perjuangan...


No comments :

Post a Comment